web hosting

Selasa, 15 Februari 2011

RESEPI: Roti NAN


Bahan-Bahan:
500 g tepung capati
½ cawan tairu
1 sudu teh bijan
Sedikit garam dan air
Cara:
Tepung dibancuh dengan tairu dan garam. Biarkan selama dua jam. Kemudian dibuku-bukukan serta dibentuk bulat-bulat. Cara membakarnya, letakkan di dinding oven batu tandur yang khas untuk membakar ayam tanduri. Roti nan cepat masak, kira-kira 2 minit sahaja.

nak sodap lagi makan dengan ayam tandori:


Resepi Ayam Tandoori
1 ekor ayam
1 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 1/2 sudu makan halia kisar
100 ml yogurt
sedikit pewarna merah ( optional)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 1/2 serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
garam
Cara Penyediaan
1. Kisar semua kecuali ayam hingga sebati.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama ayam dalam plastik berzip. Kemudian Perap dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang  2 jam.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 1 -1 1/2 jam. Balik2 kan ayam supaya rata masaknya.
4. Bolehlah dihidangkan dengan beriani atau roti nan serta Raita.

sumber: http://www.potretkasih.com/2010/10/12/ayam-tandoori/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...