web hosting

Khamis, 17 Februari 2011

Komen Ibu kepada 3 beradik yang berkemban


sumber: http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/01/anak-tayang-dada-mak-tutup-kepala-anda.html

Saya petik:
[SH] PENAMPILAN tiga beradik, Sharifah Adrianna, Sharifah Amani dan Sharifah Alesya, di Anugerah Skrin, tempoh hari, menjadi bahan bualan di internet. Fesyen berkemban yang digayakan mereka dikatakan terlalu seksi dan tidak sesuai dengan usia mereka yang masih muda.

Dan semestinya, sebagai ibu yang berimej Muslimah, Fatimah Abu Bakar atau popular dengan gelaran Cikgu Fathi, turut kena tempiasnya.

“Saya sangat marah apabila bercerita mengenai isu ini. Saya harap sangat masyarakat tidak menyebut lagi hal ini. Bagi saya banyak lagi isu yang lebih besar perlu mendapat perhatian umum, bukan isu remeh sebegini. Saya minta maaf,” kata Fatimah ketika dihubungi Sinar Harian.

P/s: Macam-macam perkara berlaku pada dunia akhir zaman ini. Saya tidak mahu komen apa-apa. Semua orang tahu keperluan menjaga aurat itu BUKAN perkara REMEH seperti yang dikatakan oleh si ibu. Hukum mendedahkan aurat pun banyak orang yang tahu walaupun ada juga yang tidak tahu. Cuba tanya isteri PM atau isteri Pak Rais (terkenal di Nusantara sekarang), adakah mereka tahu tentang hukum menutup aurat?

Cuma apabila berlaku hal sebegini, timbul persoalan: Apakah tujuan si ibu menutup aurat? Adakah kerana tuntutan agama atau sekadar budaya? Banyak juga orang Melayu menutup aurat kerana menganggap itu budaya Melayu. Jika tujuannya menutup aurat kerana memenuhi tuntutan agama, cuba tanya, mengapa dia membiarkan anak-anaknya mendedahkan dada?

Lagi satu, jangan marah jika ada orang jantan yang meleleh air liur tengok anak dara sendiri kerana sesuatu yang normal berlaku pada lelaki apabila melihat "permandangan" yang begitu. Jangan pula menjegilkan mata ke arah kasanova tua yang melihat dada anak-anaknya, kerana bukankah dada yang didedahkan itu untuk tatapan umum?

Harap-harap si ibu itu menggunakan alasan yang sama ketika berdepan dengan Allah SWT di akhirat nanti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...