web hosting

Selasa, 30 November 2010

Diskaun saman automatik...

Salam semua...

sempena dengan zaman automatik/automatis... (mesin basuh automatis, cuci kereta pun automatis, parking kereta pun automatis) PDRM pun mula menjalankan sistem diskaun automatis bagi saman kesalahan trafik....

Sebelum atau pada 30 November 2010 = kadar munasabah

Selepas 30 November 2010

Bayar dalam 15 hari = 50%
Bayar dalam 16-30 hari = 30%
Bayar selepas 30 hari = Nehi nehi nehi (takdak la tu)


Dari akhbar Metro:


KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan kadar kompaun yang munasabah serta diskaun sehingga 50 peratus kepada pesalah trafik berdasarkan beberapa ketetapan.

PDRM dalam satu kenyataannya di sini semalam, memberitahu beberapa ketetapan baru melayakkan pesalah trafik menerima diskaun serta kadar kompaun lebih sesuai mengikut jenis kesalahan serta tempoh masa pembayaran saman.


Antara ketetapannya, semua saman dikeluarkan pada atau sebelum 30 November 2010, kadar munasabah akan diberikan secara automatik melalui semua kaedah pembayaran sama ada melalui kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.


Manakala, bagi saman dikeluarkan selepas 30 November 2010 pula insentif atau diskaun akan diberikan secara automatik melalui semua kaedah pembayaran.


Menurut kenyataan itu, semua saman baru diselesaikan dalam tempoh 15 hari dari tarikh dikeluarkan akan diberi insentif sebanyak 50 peratus dari kadar kompaun sebenar dan saman diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari pula diberi insentif sebanyak 30 peratus.


“ Pesalah trafik yang tidak membayar saman mereka dalam tempoh 30 hari pula tidak layak menerima sebarang insentif dan lebih teruk mereka juga akan disenarai hitam.

Sabtu, 27 November 2010

Khatan wanita

Khatan wanita masih popular

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my



BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.
Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.

“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.

“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.

“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.

baca selanjutnya di: kosmo

Pautan Resepi untuk anda!!!

Salam semua pengunjung,,,,,

semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga...
Istimewa untuk kaum ibu, pulangkani wujudkan satu ruangan senarai pautan ke lama-laman web dan blog yang memberi resepi resepi baru dan lama untuk anda....

kalau bapa2 nak mencuba masak pun silakan,...

kalau ada link atau pautan lain daripada yang pulangkai senaraikan, sila senaraikan link-link yang anda tahu dengan memberi komen pada post ini,,,,

selamat memasak!!!!

Rabu, 24 November 2010

Koleksi Email 3: Bijak lwn Terdidik

Pulangkani: Mesti baca ni... terutama yang jadi tenaga pengajar atau cikgu

BIJAK LWN TERDIDIK

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satup ermainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya,semakin lama semakin cepat.



Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.



Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama (Mula-mula) mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.



Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan
tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada
murid-muridnya. Paham cikgu..."


"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya
Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an.

Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam
dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.


Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar." "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi di pindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita.

Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,
Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam...

Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum
pulang..."


Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

BANTUAN KECEMASAN UNTUK STROKE

DITERBITKAN OLEH : URUSETIA AMAL KEMASEK
PT758 TINGKAT 1, BANGUNAN SEDC, KEMASEK 24200 KEMAMAN, TERENGGANU D.IMAN
TEL: 09-8662230 FAX: 09-8662231 EMAIL: info@amalmalaysia.net

BANTUAN KECEMASAN UNTUK
PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada
di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan
merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang
boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini
diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan
mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan
anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya
dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh
diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.
Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar
lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan
untuk pesakit angin ahmar.

Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan
sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak
mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari
masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda
melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya
menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru
terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan
bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke
tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di
otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya
tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.
Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju
yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan
berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,
seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah
jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan
setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.
Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian
cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.

Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.
Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.
Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital
secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa
pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini
berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun
dia mampu berjalan semula.

”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang
doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu
saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah
berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi
”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-
Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu,
penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-
Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan
angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi
dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,
(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan
dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk
mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua
telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya
kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh
panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.
Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas
di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.

Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam
perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar
adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan
umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika
semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya
segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan
izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan
kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak
tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

Isnin, 22 November 2010

Faedah Merokok (ada faedah ke?)




Fakta-fakta


1.Kajian WHO, 10/10/1983 menyebutkan jika 2/3 dari perbelanjaan yang digunakan di dunia untuk membeli rokok digunakan untuk kepentingan kesihatan, pasti boleh memenuhi keperluan kesihatan asasi manusia di muka bumi.

2.WHO juga menyebutkan bahwa di Amerika, sekitar 346 ribu orang meninggal setiap tahun disebabkan rokok.

3. 90% dari 660 orang yang terkena penyakit kanser di salah sebuah hospital Sanghai Cina adalah disebabkan rokok.

4.Penyebab kematian disebabkan rokok adalah lebih tinggi dibandingkan kerana perang dan kemalangan jalanraya.

5. 20 batang rokok sehari menyebabkan berkurangnya 15% haemoglobin, iaitu zat asasi pembentuk darah merah.

6.Peratusan kematian orang yang berusia 46 tahun keatas adalah 25 % disebabkan rokok.


Dakwaan-dakwaan kosong perokok

1.Merokok membantu berfikir, padahal kenyataannya merokok boleh merosakan pemikiran, mengurangi tumpuan berfikir kerana rokok menyebabkan menyempitan saluran pernafasan dan tengkorak kita menjadi kering.

2.Merokok membantu melegakan urat saraf, padahal sebaliknya rokok memberi kesan buruk pada urat saraf, sebagaimana ia menyebabkan kencangnya denyutan jantung dan itu sangat berbahaya.

3.Kawan yang datang hanyalah waktu merokok sahaja,sedangkan di saat rokok telah habis,maka hilanglah kawan kita.

4.Merokok menghilangkan rasa lelah, padahal menambah kelelahan dan kesulitan yang banyak kepada organ tubuh seperti urat saraf, nafsu batin dsb.

5.Merokok bisa menghapus kesedihan dan kerisauan, padahal ia mendatangkan kesedihan, kecelaruan dan bencana, di antaranya kerana ia harus terus mengganggu suasa di pejabat dan dengan merokok bererti ia secara terang-terangan melakukan maksiat kepada Allah.


Bahaya Merokok

Merokok sangat berbahaya dan merosak kesihatan.

Di antara bahaya merokok adalah: Melemahkan iman dan menjauhkan diri dari Allah SWT.

Mengurangkan nafsu makan.
Menyebabkan penyakit TB.
Menyebabkan sesak nafas.
Melemahkan siatem penghadaman makanan.
Menyebabkan penyakit pada hati.
Menyebabkan berhentinya denyutan jantung.
Menyebabkan penyakit kanser.
Menyebabkan batuk dan lendir.
Menyebabkan sesak nafas dan kurus.
Menyebabkan luka pada otak.
Menyebabkan kebakaran.
Menyebabkan isteri tidak ada minat terhadap suaminya.


Mungkin beberapa masalah di atas belum nampak pada masa muda kerana daya tahan tubuh yang diberikan Allah SWT masih kuat. Tetapi pada usia tua, berbagai penyakit itu akan timbul kecuali jika Allah menghendaki kebaikan untuknya atau menyelamatnya.


Bagaimana Memerangi Rokok ?

Tak syak lagi bahawa setiap penyakit ada ubatnya.tetapi untuk mengatasi ketagihan merokok hendaklah melalui proses-proses berikut:



Tarbiyah (pendidikan) rohani yang sungguh-sungguh untuk setiap individu masyarakat.
Adanya teladan yang baik semasa di rumah, sekolah dan persekitaranya.
Melarang para guru merokok di depan murid-murid terutama yang masih lingkungan belia.
Penerangan yang cukup dan intensif tentang bahaya merokok.
Membebankan kos perbelanjaan yang tinggi terhadap berbagai jenis rokok.
Melarang merokok di tempat-tempat kerja, di bandar dan di tempat-tempat awam dan lain-lain tempat.
Menyebarkan fatwa para ulama yang menjelaskan tentang haramnya rokok.
Menyebarkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan dari doktor tentang bahaya rokok.
Peringatan tentang bahaya rokok dalam ceramah-ceramah, khutbah dan lainnya.
Nasihat secara pribadi kepada perokok.


Semuanya berpunca dari rokok


Setiap hari 44 orang meninggal dunia di England akibat rokok.
Setengah batang terakhir dari rokok yang dihisap mengandungi narkotin yang lebih bahaya dari setengah yang pertama.
Kerajaan Itali pada tahun 1962 melalui UU. No. 65 melarang melakukan iklan rokok dan berbagai hal yang berkaitan dengannya.
Sebahagian doktor berkata, bukti-bukti sangat jelas sehingga sampai pada tingkat tidak ada jalan lain menurut perasaan kita sebagai doktor yang bertanggung jawab terhadap kesihatan umat manusia kecuali kita harus memperingatkan masyarakat dari bahaya rokok yang mengancam mereka. Kerana itu mereka harus berhenti merokok!
Syeikh Muhammad bin Abdullah Al-Masuti sangat tegas dalam hal rokok, sehingga buku-buku yang ditulisnya banyak membahas tentang haramnya rokok, di antaranya:“Pemahaman dan Penjelasan tentang Bahaya Tembakau yang dikenal dengan Nama Rokok”“Mutiara-mutiara Pilihan dalam Penjelasan Tentang Haramnya Tembakau yang dikenal dengan Nama Rokok.”“Penjelasan dan Keterangan Tentang Haramnya Merokok.”Dan dikatakan bahwa rokok dikenali di dunia Arab dan dunia Islam pada umumnya sekitar tahun 1012 H.


Perlakuan Terhadap Perokok Tempo Dulu

Syaikh Abdullah bin Muhammad rahimahullah berkata: “Adapun orang yang mengisap rokok, jika ia mengisapnya setelah mengetahui hukumnya haram, maka ia dirotan 80 kali dengan pukulan ringan yang tidak membahayakannya. Dan jika dia mengisapnya kerana kebodohannya maka tidak ada keraguan atasnya dan ia diperintahkan bertaubat dan beristighfar. Dan jika ada orang mengatakan, rokok itu tidak haram dan tidak halal, maka dia adalah orang bodoh yang tidak mengerti apa yang dikatakannya. Beliau juga mengatakan, ‘Orang yang menanam tembakau harus dihukum, juga orang yang menyimpannya di dalam rumah atau mengisapnya, dia harus dihukum.’



Fatwa-fatwa


Ditanyakan kepada Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, ‘Apa hukum mengisap rokok berikut dalil nya dari Al-Qur’an dan Al-Hadis?’



Jawab: Rokok adalah haram.

Dalilnya adalah firman Allah:“Dan janganlah kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada mu.” (An-Nisa: 29)


“Dan janganlah kamu menjerumuskan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan.” (An-Nisa: 5)

Allah telah banyak memberi ingatan dan amaran dalam ayatNya melarang kita berbelanja dengan boros. Dan, tak diragukan lagi membeli rokok adalah satu sikap pemborosan dan sekaligus perosak kepada kesihatan sehingga termasuk perkara yang dilarang. Dalam Sunnah Rasulullah SAW melarang memsia-siakan harta. Dan tentu membelanjakan wang untuk rokok adalah membazirkan harta. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Tidak boleh mendatangkan bahaya dan membalasnya dengan bahaya.”

Dan semua mengetahui, merokok sangat membahayakan. Di samping itu, jika telah ketagihan rokok, seseorang akan sakit dan sesak nafas adalah disebabkan rokok. semua ini seolah-olah memaksa dirinya untuk melakukan sesuatu yang sia-sia.



Akhir yang Memilukan

Seorang pemuda berusia 25 tahun dan penagih rokok selama bertahun-tahun. Suatu masa nanti ia akan masuk ke hospital kerana sakit secara tiba-tiba akan lemah jantung. Selama berhari-hari ia dirawat di Wad ICU dengan berbagai peralatan kedoktoran yang canggih. Doktor yang menangani pasakit tersebut menyarankan kepada para juruawat agar pesakitnyanya itu dijauhkan dari rokok, kerana rokok itulah penyebab utama kepada sakitnya, bahkan doktor mengarahkankan agar setiap hari diperiksa agar pesakitnya tidak merokok walaupun secara sembunyi. Selangi penyakitnya tidak sembuh. suatu masa ia kembali kepada tabiat merokok.

Dia tidak mengindahkan nasihat doktor agar berhenti merokok. Suatu hari, pemuda tersebut hilang, semua orang sibuk mencarinya. Mereka akhirnya menemui pemuda tersebut merengkok di sebuah bilik mandi mati dengan memegang rokok. Kita berlindung kepada Allah dari kesudahan yang demikian.


Bagaimana Meninggalkan Kebiasaan Merokok?

Semoga Anda insya Allah telah dapat menerima hukum haramnya merokok. Semoga Anda telah yakin tentang bahayanya rokok samada terhadap diri Anda sendiri ataupun terhadap masyarakat. Mudah-mudahan Allah memudahkan Anda untuk bertaubat. Inilah yang diharapkan dari Anda. Jika Anda telah berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan tabiat merokok, maka ikutilah langkah-langkah ini:


1.Setelah anda tahu bahaya-bahaya rokok, mulalah berfikir untuk meninggalkannya dan kuatkan keyakinan anda untuk bertawakkal secara menyeluruh kepada Allah SWT.

2.Buatlah perubahan harian tentang keburukan-keburukan rokok terhadap diri anda, sahabat-handai, anak-anak anda, jiran tetangga anda dan lain-lain pihak yang terlibat dengan anda.

3.Jauhkanlah diri anda sedaya-upaya yang boleh dari merokok dan asap rokok. Sentiasalah berusaha untuk berada dalam suasana udara yang bersih dan sibukkanlah diri anda dengan hal-hal yang bermanfaat.

4.Jika Anda telah mengetahui bahaya rokok dan hukumnya haram, maka hendaknya anda membenci dan meninggalkannya kerana Allah dan jauhilah dari bertkawan dengan perokok.

5.Gunalah berus gigi, bersugi atau sebagainya jika diserang kembali ketagihan merokok.

6.Kurangkan minum teh dan kopi tetapi perbanyakan makan buah-buahan dan lain-lain makanan yang berkhasiat.

7.Minumlah jus epal atau lain-lain jus setiap pagi kerana ianya boleh mengurangkan keinginan merokok.

8.Ketahuilah, Sesiapa meninggalkan sesuatu perkara kerana Allah, nescaya Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya, dalam waktu terdekat atau dalam jangka masa yang agak lama,namun yang pasti Allah tidak lupa setiap usaha terdetik dengan niat pada Allah.

9.Dan terakhir, lakukanlah semua ini dengan hati yang penuh ikhlas berserta dengan keinginan yang kuat untuk meninggalkannya yang terbit dari dalam hati Anda sendiri. (ain).


PULANGKANI:

jom pakat berhenti merokok... jgn berhenti beli rokok jerrr....

Daging Hidup

Menurut sumber, daging lembu.. ini masih bergerak-gerak walaupun hampir sejam selepas disembelih dan dilapah...

mungkin rakan2 boleh respon...






Ahad, 21 November 2010

Koleksi E-mail 2: Solat Dhuha

dipanjangkan dari e-mail

Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan
Dikirim pada April 17, 2008 oleh nursyirah

Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”




* Coretanku


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Koleksi E-mail 1: Kisah Air Masin & Air Tawar



Sumber: email...



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery ' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu ' lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur ' an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur ' an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur ' an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


Komen Pulangkani:


Maha Suci Allah yang menjadikan alam dan isi kandungannya, segala puji hanya untukMu..
Setelah dikaji, penemuan tentang sungai di dalam laut ini adalah benar, dan memang ada pertemuan air tawar dan air masin,,,,, saudara saudari boleh lawat laman web di bawah.
http://www.divephotoguide.com/user/Anatoly_Beloshchin/gallery/featured_gallery_150/photo/2109/


tentang pengislaman Mr Costeu, pulangkani tak berani komen sebab belum dapat sumber yang sah...

Salam Pembukaan

Salam semua...

bermula dari sintok.com pada tahun 2000, kemudian blog di cari.com, kemudiannya berjaya membuka www.pulangkani.com.... tapi apa kan daya, pulangkani.com kena direhatkan sementara...

meneruskan dunia maklumat ber Bahasa Melayu di web, saya terpaksa juga menukar carrier daripada webmaster ke blogger....... maklumlah dah lama biasa dengan laman web sendiri... rasa macam tak best la blog memblog ni... tapi terpaksa ku harungi jua demi memastikan sumbangan di dunia digital dapat kuteruskan...

harapan saya, blog ini akan menjadi sumber rujukan bahasa Melayu dalam semua bidang ilmu... Insya Allah akan saya muat naik segala artikel yang boleh kita jadikan bahan rujukan untuk kita semua....

akhir kata... diharapkan pulangkani.blogspot.com ini akan menjadi rumah yg lebih lama buat pulangkani menyumbangkan idea dan berkongsi ilmu...

salam pembuka

Pulangkani
21 November 2010, Jitra, Kedah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...