web hosting

Rabu, 25 Mei 2011

Tips penjagaan Arowana / Kelisa

red nr1 arowana
CHILIRED AROWANA


Ramai yang mempunyai hobi membela ikan hiasan ..dan antara ikan hiasan yang menjadi pilihan ialah ikan kelisa..ikan kelisa besar boleh mencecah puluhan ribu ringgit..hobi ini juga merupakan antara hobi yang memerlukan modal yang besar namun memberi 1001 kepuasan kepada pemiliknya..Jom selongkar cara-cara nak memulakan hobi ikan kelisa.
Apa yang perlu disediakan:
  1. Ukuran akuarium ideal P x L x T = 150 x 60 x 70 cm
  2. Lampu UV (sebagai lampu penerang akuarium)
  3. Filter air, dapat menggunakan salah satu dari berikut :
    • Filter terbuka (top filter dan filter tank)-top filter tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan getaran yang akan mengganggu ikan.
    • Filter tabung (Canister)
  4. Media filter (bergantung pada kapasiti air aquarium anda) kapas, biofoam, bioball, karbon aktif dan zeolit.
  5. Thermometer.
  6. Aerator AC/DC
  7. Heater (hanya digunakan sebagai P3K saat ikan terkena jamur/mata kabur dan set pada suhu 32ºC)
  8. Garam Ikan.
  9. Power Head (bila diperlukan).
  10. Fish net (yg halus) atau selang ukuran 5/8 inch dapat digunakan untuk mengambil kotoran ikan.
  11. Tutup akuarium, supaya ikan arowana tidak melompat keluar.
Tips:
  • Ketebalan kaca akuarium minimal 10 mm – 12mm.
  • Rendam akuarium dengan air garam (± 20 gram/100 liter) sekurang2nya 2 kali sampai bau silikon hilang.
  • Gunakan heater hanya utk merawat ikan arowana yang sakit.
  • Jangan gunakan fish net jika telah digunakan pada ikan sakit di akuarium.
  • Rendam fish net dengan air garam ± 30 detik kemudian keringkan setelah digunakan.
  • Masukkan garam ± 20 gram (1 genggam) per 200 liter ke dalam air akuarium sebelum ikan masuk.
  • Gunakan lampu UV terbaik untuk memaksimalkan / menaikan warna ikan.

Tips Menyediakan air untuk arowana
Tahap atau cara Pengisian air akuarium baru:
Cara I :
  1. Rendam akuarium baru dengan air dan garam ikan (satu genggam/20 gram per 100 lt air) selama satu malam
  2. Buang air endapan semalam dan ulangi sekali lagi
  3. Isi air akuarium dan beri aerasi (gelembung air / oxigen air pump)
  4. Tambahkan garam ikan (satu genggam per 200 lt air)
  5. Akuarium telah siap digunakan untuk masuk ikan baru
Cara II:
  1. Rendam akuarium dengan air dan karbon aktif (1 kg karbon aktif/100 ltr air) selama satu malam
    (karbon aktif dimasukkan dalam bekas atau kantong kemasan/kasa)
  2. Buang air endapan semalam
  3. Keringkan akuarium
  4. Isi air akuarium dan beri oxigen (gelembung air)
  5. Tambahkan garam ikan (satu genggam per 200 lt air)
  6. Akuarium telah siap digunakan untuk masuk ikan baru
Tips:
  • Karbon aktif yg telah terpakai untuk perendaman jangan dibuang
  • Karbon aktif dapat digunakan sebagai media filter di akuarium
  • Masa menjalankan rawatan untuk ikan yg sakit karbon aktif sebaiknya dikeluarkan dari filter media
  • Jangan gunakan garam dapur/ beryodium untuk perendaman
  • Akuarium baru jangan TERUS diisi dengan ikan sebelum melalui proses perendaman terlebih dahulu.

Tips Memelihara Arowana
MENGATASI IKAN BENGONG
Gejala awal:
  1. Ikan tidak ada nafsu makan
  2. Ikan tidak terlalu aktif
  3. Jangka waktu lama warna ikan pudar/pucat
  4. Berdiam diri di dasr
  5. Tidak meberi respon seperti biasa
Penyebab:
  1. Suhu air dibawah 28º C
  2. Perbezaan pH air terlalu jauh. pH arowana 6,5 – 8
  3. Memberi makan yg berlebih
  4. Mutasi ikan ke akuarium baru
  5. Perbezaan parameter air masa penukaran air
  6. Kadar nitrit, nitrat dan amonia tidak normal
  7. Kualiti air yg teruk (kotor)
  8. Air tidak diganti dalam jangka waktu yg lama
  9. Media filter tidak pernah di bersihkan
  10. Ruang akuarium terlalu besar/kecil bagi ikan
Pencegahan:
  1. Jangan beri makan berlebihan
  2. Akuarium jangan dipukul-pukul / ketuk
  3. Matikan lampu akuarium setelah 12 jam
  4. Letak akuarium ditempat yang sunyi atau kurang orang lalu lalang
Cara megubati:
  1. Pasang heater dan naikkan suhu menjadi 32º C
  2. Pasang arus (power head) bersesuaian dengan kapasiti air
  3. Berikan ikan kawan @ tankmate (kaviat, Sumatra atau pink tail)
  4. Ganti air 25% dengan air baru yg diendapkan
  5. Pindahkan ikan tersebut ke akuarium lain dengan ukuran lebih besar
Tips:
  • Jika ikan bengong dan tidak ada hafsu makan,berikan arowana vital sesuai dengan aturan pemakanan yg tetap.
  • Tambahkan arowana 4 ekor dengan ukuran yg sama apabila akuarium cukup besar
Contoh barang:
DophinP708Powerheadtopfilter220V240
TOP FILTER
Filter_Mineralization_Tank
FILTER TANK
oscar_canister_filter
CANISTER
bioball
BIOBALL
800443052136B
ZEOLIT
arang-penjerap
KARBON AKTIF
RESUNUVSterilizer
LAMPU UV
Jenis arowana:

PartsofAsianArowana
golden-head GOLDEN HEAD AROWANA
Banjar Red Arowana BANJAR RED AROWANA
black arowana BLACK AROWANA

CBG CROOS BACK GOLDEN AROWANA

high back HIGH BACK AROWANA


type_golden MALAYSIA GOLDEN AROWANA

Rabu, 4 Mei 2011

Warga Emas pun dibunuh........ sedihnya....

Orang surau’ dibunuh kejam
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
 
BENTONG: Sepasang warga emas mati dibunuh secara kejam apabila suami ditemui berlumuran darah berhampiran tandas rumahnya dengan kesan tikaman di perut dan dada manakala isterinya terlentang di tepi katil dalam keadaan leher dikelar.
Mayat Mohammad Yusof@Abdul Rashid Samah, 71, dan Timah@Fatimah Pachu, 68, ditemui di rumah mereka di Kampung Gementi, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam oleh jiran yang kemudian membuat laporan polis. Terdahulu jiran terbabit terdengar jeritan dan pergelutan di rumah mangsa.
Ketika kejadian, hanya pasangan warga emas itu berada dalam rumah kerana empat anak mereka tinggal berasingan, termasuk di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisisoner T Narenasegaran, berkata sejurus polis tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua mangsa ditemui berasingan di bilik tidur tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka.


Menurutnya, polis percaya pembunuhan pasangan itu bukan bermotifkan samun kerana barangan berharga mangsa tidak dicuri.

seumber: HM

Isnin, 2 Mei 2011

Sambutan Ulang Tahun ke 2 EOCM

30 April hingga 1 Mei 2011 berlangsungnya Sambutan Ulang Tahun ke 2 Kelab Pemilik Exora Malaysia di MIRP Lumut. Lebih 130 keluarga Exorian telah hadir dari seluruh pelusuk negara. Turut hadir ialah wakil dari Kelab Pemilik Exora Indonesia....

EOCM dari Northern Region bergambar bersama Presiden EOCM dan EOCI

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti konvoi 130 buah Exora dari Giant Manjung ke MIRP, sukan pantai, sukaneka, autoshow, Makan Malam bersama anak-anak yatim, sumbangan kepada anak-anak yatim dan cabutan bertuah.

Tahniah kepada penganjur yang bertungkus lumus menjayakan acara berprestij ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...