Berita Agensi melaporkan sebuah rangkaian televisyen dewasa di Hong Kong sudah bersiap sedia untuk menyiarkan rancangan memasak yang akan dikendalikan seorang hos yang berbogel.
Hos berkenaan akan menyediakan masakan Kantonis dengan memakai apron lut sinar, dalam usaha menggalakkan lebih ramai lelaki memasak.
Akhbar China Morning Post melaporkan, hos itu, Flora Cheung akan memulakan rancangan 30 minit itu dengan membeli barangan yang hendak dimasak di sebuah pasar terkenal di Hong Kong, menanggalkan pakaian sebaik saja tiba di studionya. Flora yang mengaku tidak pernah bekerja di restoran berkata, dia berharap rancangan itu akan menarik lebih ramai lelaki untuk ke dapur.
Episod pertama rancangan itu akan ditayangkan hujung bulan ini.
“Saya suka memasak dan saya berpendapat saya perlu berkongsi keseronokannya dengan orang lain.
“Sebahagian besar lelaki tidak suka memasak. Saya ingin menanamkan minat itu pada diri mereka,” kata Flora, 26.
Flora berjanji apron lut sinar itu akan menutup hampir semua bahagian tubuhnya tetapi pada masa sama tidak akan melindungi apa-apa.
Penerbit, Jesse Au memberitahu akhbar itu, rancangan berkenaan mungkin mendorong penerbitan rancangan serupa dengan hos berbogel menawarkan pelbagai jenis masakan Asia.
“Ia akan menjadi siri yang tidak ada penghujung jika ia terbukti popular,”katanya.
P/s: Saya tulis "lantai basah" kerana dibasahi air liur penonton rancangannya!
sumber: http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/02/18sx-kalau-gadis-ini-yang-memasak-basah.html
sumber: http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/02/18sx-kalau-gadis-ini-yang-memasak-basah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan