web hosting

Selasa, 15 Februari 2011

Gout Penyakit Masa Kini Kaum Lelaki

Artikel asal: Gout Penyakit Masa Kini Kaum Lelaki




Perkataan ‘gout‘ diambil daripada perkataan Latin yang membawa maksud ‘setitis’. Ia merupakan salah satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hablur-hablur asih urik yang terkumpul di sendi. Penyakit ini selalunya dihadapi oleh kebanyakan lelaki yang berusia 30 tahun ke atas, walaubagaimanapun perempuan yang menopaus juga mempunyai risiko dan kebarangkaliannya agak kecil berbanding kaum lelaki.


Penyakit ini terlaku menyakitkan dan ia boleh menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari. Secara tak langsung ia boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain seperti tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, tulang belakang dan sebagainya. Anda yang menghidapi penyakit gout biasanya mengalami peningkatan dalam aras asid urik, masalah penyingkiran asik urik atau kedua duanya sekali. masalah asik urik yang tinggi ini berkait rapat dengan usia, obesiti, kencing manis, penyakit jantung iskemia darah tinggi ataupun faktor keturunan.

Gout juga boleh terjadi kerana pengambilan alkohol yang berlebihan, penggunaan ubat-ubatan seperti diuretik dan aspirin atau makanan yang kaya dengan purin. Malahan, kekurangan air dalam tubuh, kecederaan pada sendi juga boleh menjadi penyebab utama.

Tip sihat untuk cegah Gout

Ubah cara hidup dengan mengambil makanan yang sihat
Amalkan cara hidup yang sihat iaitu dengan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
Perbanyakkan minum air supaya toksik di dalam badan dapat dikeluarkan.
Jangan mengambil ubatan secara berterusan, cuba altenatif lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...