web hosting

Rabu, 16 Februari 2011

Ibu Mohamad Sabu Meninggal - Harakah



TASEK GELUGOR, 17 Feb: Ibu kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Halijah Mat, 91 tahun meninggal dunia pada 1.30 pagi tadi di kediamanya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Seberang Perai.

Menurut Mohamad, ibunya meninggal kerana sakit tua dan pernah diserang angin ahmar sebanyak tiga kali sebelum ini.

Kali terakhir serangan angin ahmar ialah pada minggu lalu dan masukan ke hospital swasta di Bukit Mertajam.

Allahyarhamah meninggalkan tujuh orang anak iaitu Fatimah, Abdullah, Zainab, Sofiah, Mohamad, Kasim dan Zaleha.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Padang Menora dan dikebumikan selepas Zohor nanti di tanah perkuburan Islam di tempat yang sama.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man ketika dihubungi berharap Haji Mohamad dan keluarganya bersabar terhadap dugaan yang diterimanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...