web hosting

Ahad, 27 Mac 2011

Komen Yusry KRU tentang video S**s

Video durasi 20 minit sukar dipalsukan: Yusry

 
SHAH ALAM - Rakaman video berdurasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim.

Bagaimanapun, menurutnya, ia juga bergantung kepada sudut rakaman itu diambil.

“Jika tempoh masanya pendek, tidak mustahil ia boleh dipalsukan. Tetapi jika tempoh rakaman itu 20 minit dan sudut rakaman berubah, ia agak mustahil untuk dipalsukan.

“Video tidak sama dengan gambar yang lebih mudah dipalsukan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas berhubung satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali yang didedahkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara, pagi semalam.

Yusry adalah penerbit yang menggunakan kaedah penggunaan kesan khas visual dalam filemnya, termasuk epik terbarunya, Hikayat Merong Mahawangsa.

Rakaman video selama 20 minit yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang itu dianggap beberapa pihak sebagai palsu.

Pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...