web hosting

Isnin, 13 Disember 2010

Senyum Sikit Pak Meon

Disebuah hospital di ibukota, empat orang bakal ayah termasuk Pak Meon sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembaq dua!".
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama." Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah! awak mendapat anak kembaq tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"MasyaAllah…tahniah-tahniah isteri you dapat kembaq empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Seasons Hotel!"

Pada masa ini Pak Meon kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat Meon??"
Jawab Pak Meon,"Saya bekerja di Seven-Eleven! "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...