web hosting

Sabtu, 4 Disember 2010

1 Isu 2 berita.....



Isu kenaikan harga minyak dan barang...

Minyak naik lagi... menteri kata tak bebankan rakyat... betul ker? anda jawab lah sendiri...

Tapi Pulangkani nak tanya...

Depa tak igt ka kat mangsa banjir Kedah dan Perlis yg baru nak pulih????.... bantuan yang dijanjikan belum dapat... kalau dapat pun takkan sampai rm4 ribu kott...

Depa lupa ka bulan ni ibu bapa dok buat persiapan untuk anak ke sekolah?

Depa lupa ka bulan ni ramai yg buat kenduri? gula dan gas naik, pasti tambah kos...

Mungkin rakyat semua tak terjejas... tetapi rakyat makin merana.........


Dari Utusan Malaysia:


Pengurangan subsidi tak jejas rakyat

PULAU PINANG 4 Dis. - Pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram gas asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula diyakini tidak akan membebankan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berpendapat, ini kerana langkah tersebut adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa memberi fokus kepada kualiti hidup rakyat di masa akan datang.

''Sebagai kerajaan yang mesra dan mengutamakan rakyat, saya yakin kerajaan tidak akan mengambil apa-apa langkah yang boleh menyusahkan mereka dan tindakan yang diambil selepas mengambil kira semua aspek.

''Jadi, pengurangan subsidi itu adalah sedikit sahaja dan pasti ia tidak akan menjejaskan perbelanjaan harian rakyat," katanya ketika diminta mengulas mengenai pengurangan subsidi bahan tersebut oleh kerajaan berkuat kuasa hari ini.

Nor Mohamed berkata demikian selepas melancarkan buku bertajuk Cities, People & The Economy-A Study On Positioning Penang yang diterbitkan Khazanah Nasional Berhad di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula pula RM2.10 sekilogram berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman tentang rasionalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, penyelarasan harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding negara-negara jiran iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand.


Rakyat Harus Terima

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Rakyat perlu menerima bahawa penyelarasan subsidi bahan api dan gula semalam adalah sesuatu yang tidak dapat dielak serta mampu membawa kebaikan jangka panjang kepada negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau secara peribadi berpendapat subsidi diberikan kerajaan selama ini harus dikurangkan sedikit demi sedikit agar lebih banyak dana dapat disalurkan kepada pembangunan negara.

"Kita kena terima bahawa kenaikan harga ini bukan kerana kita. Kesemua barang itu diimport dan kita tiada kuasa untuk menurunkan harga barangan import.

"Memang kita ada subsidi tetapi perlu diingat bahawa ia hanyalah sebagai tampungan (support) saja. Kalau semua wang negara dihabiskan ke situ, pembangunan lain tidak perlulah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

Turut mengiringi beliau, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum serta Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Badruddin Amiruldin.

Mengambil England sebagai contoh, Dr. Mahathir berkata, negara itu bukan saja tidak memberi subsidi malah mengenakan cukai terhadap minyak kerana menyedari lebih baik wang negara digunakan untuk pembangunan berbanding pemberian subsidi.



Dari Malaysiakini:

Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat bantahn meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara.

"Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.

Cuepacs: Golongan rendah terjejas

Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga keempat-empat barangan itu yang diumumkan kerajaan hari ini.

Berkuatkuasa mulai esok, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.

Pandangan Hamdan itu turut dikongsi oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai kenaikan harga gula dan minyak.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95.

Rakyat marhaen menderita

Harakahdaily melaporkan Salahuddin sebagai berkata RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.

Kata Salahuddin (kanan), kenaikan itu sangat mengecewakan.

"Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain," katanya.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus pula berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya.

Gamis: Tarik subsidi kroni, bukan rakyat

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) juga kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.

Menurut, presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

“Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalnnya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong?

“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.

Menurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen.

Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.

“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.

Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.

Alasan bodoh

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan akhbar berkata kenaikan petrol sudah pastinya menjejaskan kehidupan rakyat.

“Apabila gula dinaikkan, petrol dinaikkan, maka apakah tidak ada sebab bagi peniaga menaikkan harga barang perniagaan mereka. Hampir semua kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel, dan hampir semua makanan perlukan gula. Apakah ada alasan bodoh pemimpin negara yang bercakap kerana mahukan rakyat sihat dari penyakit diabetes maka kerajaan perlu menaikkan harga gula.

“Mungkin juga ada kenyataan pemimpin negara yang mahukan keselamatan rakyat di jalan raya, maka harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan. Adakah pemimpin mahukan rakyat berbasikal ke tempat kerja, atau menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kos mereka, sedangkan mereka selesa menaiki kenderaan rasmi kerajaan ke mana-mana.,” kata naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Menurut beliau lagi, jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia adalah antara negara yang kaya dengan hasil bumi termasuk minyak.

“Mengapa kerajaan tidak membandingkan Malaysia dengan negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi, Iran, Venezuela, Qatar dan lain-lain? Perlukah Malaysia mengikut harga pasaran minyak antarabangsa?” soalnya.

Mohamad Suhaimi (kanan) berkata seolah-olah menaikkan harga minyak petrol dan diesel dan barang keperluan adalah jalan akhir setelah hampir semua langkah telah diambil kerajaan bagi membela rakyat.

“Sedangkan untuk menguntungkan pihak tertentu, kerajaan sanggup dan mampu berbelanja lebih. Menara Wawasan dibina dengan nilai RM 5 bilion, entah belum tentu menguntungkan rakyat jelata. Lebih baik perbelanjaan itu ditampung kepada subsidi minyak. Sebegitu juga dengan projek-projek mega, gergasi dan mewah, itu perlu dikurangkan dahulu buat menampung keperluan rakyat,” katanya.

“Memang betul rakyat tidak terbeban dengan kenaikan ini, kerana rakyat sudah tidak mampu berkata-kata lagi. Sudah kering air mata dan keringat rakyat bekerja siang dan malam mencari sesuap rezeki menampung kehidupan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...