Rawatan Penyakit Jantung-Ramuan Asli
Sapa-sapa ada saudara mara sakit jantung tersumbat.. cuba buat ni... Insya Allah... setakat yang dah cuba bagi respon positif... ada yg sudah mampu naik tangga dan kesihatan makin pulih...
Bahan :100g (panjang 125 mm) halia muda, 1 labu bawang putih, 3 biji (125 ml) lemon juice, cuka apple cider (125 ml) dan madu lebah (350 ml).
Cara penyediaan:
Blendkan halia dan bawang putih secara berasingan menggunakan 125 ml air tiap-tiap satu.
Campurkan air halia yang telah diblend dengan lemon juice dan cuka apple cider mengikut sukatan diatas.
Panaskan ramuan campuran menggunakan api kecil selama 45 hingga 60 minit. Masukkan air bawang putih kedalam campuran yang dipanaskan pada 10 minit terakhir.
Biarkan campuran yang telah dimasak sehingga sejuk.
Akhir sekali masuk madu lebah kedalam ramuan campuran , kacau dengan sudu plastik hingga sebati sambil diiringi bacaan Al Fatihah dan selawat atas Nabi s.a.w. Simpan ubat di dalam bekas kaca bertutup di tempat sejuk.
Cara makan:
Minum 1 sudu besar (table spoon) sebelum sarapan pagi setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur semasa perut kosong.
Yez... saya sdh coba nih ..langsung terasa enak dan faedahnya 100 ...silahkan coba deh..:) Insyallah badan jadi sehat
BalasPadam