web hosting

Isnin, 25 Julai 2011

Pihak berkuasa tolong tgk sat: Kedai arak harga murah

Kedai arak harga murah

LAPORAN penyiasatan unit khas Utusan Malaysia kali ini menyingkap suatu lagi kegiatan haram iaitu penjualan arak secara mudah dan murah kepada orang ramai, termasuk golongan remaja. Bagaikan tiada syarat dan peraturan, penjual arak terbabit didapati bebas menjual bir berkonsepkan pandu lalu kepada sesiapa saja yang ingin melepaskan gian mereka tanpa mengira waktu.
Apa yang dikesali, tiada pula sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak tahu atau terlepas pandang mengenai perkara ini walaupun kegiatan haram itu rancak berlaku.
Hasil maklumat orang ramai, wartawan, AZRAI MOHAMMAD dan jurugambar, FAUZI BAHARUDIN melakukan siasatan baru-baru ini bagi mengesahkan aktiviti tersebut.
Hasil siasatan terbukti mendapati sememangnya kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu menjadi tumpuan ramai kaki botol termasuk remaja Melayu kerana tarikan harganya yang murah.

BEBERAPA pelanggan mendapatkan minuman keras dijual pada harga murah di lorong belakang Sunway Mentari, Petaling Jaya baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 24 Julai – Sebatang lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya adalah ‘syurga’ bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu lalu.
Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin.
Rahsia harga murah tersebut disebabkan arak dalam tin itu belum dibayar cukai dan sepatutnya adalah untuk dieksport.
Pihak berkuasa pula seolah-olah ‘merestui’ urusniaga itu dengan tidak melakukan sebarang serbuan atau penangkapan walaupun terdapat anggota polis yang berkawal kira-kira 25 meter saja dari lorong itu.
Siasatan unit khas Utusan Malaysia selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini mendapati, kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export).

sumber: utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...