web hosting

Selasa, 19 April 2011

Sabar Bila Dicaci

Seperti kebiasaan Imam Abu Hanifah akan mengajar orang ramai di masjid. Tetapi pada suatu hari ketika dia sedang mengajar, tiba-tiba datang seorang lelaki ke masjid itu. Lelaki terbabit memaki hamunnya dengan kata-kata yang cukup kasar dan amat menyakitkan hati.

Bagaimanapun, Imam Abu Hanifah langsung tidak melayan, apalagi untuk membalas kata-katanya. Melihat sikap lelaki tersebut, beberapa orang yang sedang belajar dengan Imam Abu Hanifah cuba untuk menegurnya. Namun Imam Abu Hanifah menegah. "Jangan, ini masjid. Masjid adalah rumah Allah," katanya. Selesai sahaja mengajar, Imam Abu Hanifah meninggalkan masjid untuk pulang ke rumah.

Tetapi lelaki yang memaki hamunnya tadi terus mengekorinya dari masjid. Sambil berjalan di belakang Imam Abu Hanifah, lelaki itu tidak henti-henti memaki dan mengatanya. Bagaimanapun, Imam Abu Hanifah tetapi mendiamkan diri seperti sebelumnya.

Sebaik sahaja sampai di pintu rumah, Imam Abu Hanifah terus berdiri dihadapan lelaki itu. "Ini rumah aku. Kalau engkau hendak mencaci dan masih lagi menyimpan dendam terhadap aku, silalah... Luahkanlah sepuas-puas hati engkau.

Katakanlah semunya supaya engkau tidak lagi meyimpan kata-kata kasar dan seburuk itu." kata Imam Abu Hanifah. Mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah, lelaki itu mula berasa malu. Dia lantas terus meminta maaf atas kekasarannya.


* Moral of the story: Kita perlu bersabar dengan apa yang orang katakan. Jika terlalu marah, lepaskanlah sepuas hati kita. Selepas itu, maafkan lah orang yang buat kita marah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...