15 Best Diet Tips Ever
Experts share their top tips for weight loss success.
Terjemahan: Pulangkani
Semua orang tahu... nak kuruskan badan kena kurang makan dan lebihkan pergerakan fizikal, tapi... nak buat nya susah... amat susah.... berikut adalah tips dari pakar2
1. Minum banyak air atau minuman bebas kalori
- org selalu konpius antara "lapar" dan "dahaga"... kita selalunya menambag kalori dgn makan, sedangkan
yang kita perlukan hanyalah segelas air..
- kalau susah nak minum air... minum jus ka...
2. Fikirkan apa yang perlu anda "tambah" kepada diet anda, bukannya apa yg perlu anda "buang" dari diet
- pulangkani: "fuyoooooo... hebat tips ni"
- tambah hidangan buah dan sayur dalam diet anda..
- 5 - 6 hidangan pun takpa.. memang nampak banyak, tapi anda akan rasa kenyang dan puas..
3. Pertimbangkan sama ada anda betul-betul lapar..
- makan sekadar mengenyangkan.. jgn makan lebih.. nanti letih pulak
- makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang
- bagi ruang sikit untuk angin dalam perut. jgn sentiasa penuhkan perut
4. Kurangkan makan waktu malam
- makan dan minum yg rendah kalori
- jgn makan kalau tak lapar
5. Terus Makan Makanan Kegemaran Anda
- anda tak perlu berhenti makan makanan kegemaran anda
- kalau dulu anda selalu makan 10 cucuk sate, makanla 1 cucuk sate sahaja...
- kurangkan makan, jgn berhenti terus
6. Pergi makan di tempat jauh dari rumah
- jangan simpan stok banyak dalam rumah
- pergi berjalan kaki ke kedai makan
- kalau malas nak pi... jadi anda kenalah diet... hehhehe
7. Makan sedikit-sedikit tapi kerap..
- dapat mengawal nafsu makan
- makanan dapat dicerna dengan cepat
8. Makan Protin dalam setiap hidangan
- membantu membakar lemak dan membina otot
- sumber: yogurt, kacang dan cheese
9. Pedaskan dia
- bila makanan pedas, anda cepat puas dan anda tidak akan makan banyak
10. Simpan stok makanan sihat
- simpan dalam paket paket kecil
- contoh: tomato potong dadu, sayur, buah, roti wholemeal, ayam panggang...
- pulangkani: " pernah tengok ni dalam tv: THE BIGGEST LOOSER"
11. Makanan untuk kanak-kanak
- kalau pi Pizza, McD atau KFC orderla kid's meal
- kalau pi kedai makan,,, minta semua separuh... macam budak2 makan...
12. Makan buah2an dan sayur2an segar
- makan buah2an dalam musimnya
- kita tak suka buah2an atau sayur2an mungkin sebab dah tak segar.. so tak sedap
13. Tukarkan sepinggan mee dengan sepinggan sayur
- hehehhehe boleh tukar ke???
- anda boleh kurangkan berat badan kalau anda kurangkan kabohidrat
14. Jangan jadikan "makan" sebagi ubat "stress"
- jangan sama sekali hilangkan tekanan perasaan anda dengan makan tak berenti
15. Lakukan aktiviti fizikal
- parking kereta jauh sikit dari opis atau kedai
- naik tangga
- tidur cukup
Begitulah lebih kurang terjemahan dari Pulangkani... nak baca Bahasa London pi: SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan