web hosting

Isnin, 30 Disember 2013

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2014


Tujuh (7) jenis wanita yang sering diceraikan suami.

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .


Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Selasa, 17 Disember 2013

Berkesankah "Air Jampi" ??

Kajian Saintifik ke Atas Air

Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molukel air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan.

Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh mera-kam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti krsital yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkap-kan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.

Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.

Mengikut hasil kajiannya juga, antara molukel air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam.Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut.

Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang dioakan boleh menyembuhkan penyakit

Bantuan anda diperlukan



Salji di Mesir: hati-hati dalam memberi maksud hadis..


Dr. MAZA menulis:

..ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku Kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai"..sebenarnya perkataan 'Tanah Arab' lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika. Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda Kiamat. Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yamen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda Kiamat.. hati-hati dalam memberi maksud hadis..

Khamis, 12 Disember 2013

Tazkirah: cerita harimau, buaya, tikus dan lebah


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apakat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir camner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allahni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

Selasa, 3 Disember 2013

Driver usb @ windows untuk nexus atau telefon android

Google USB driver
boleh download di sini

http://developer.android.com/sdk/win-usb.html#top

atau

https://dl-ssl.google.com//android/repository/latest_usb_driver_windows.zip

kegunaan:

1. boleh baca memori dari phone, sambung sebagai storan usb
2. boleh run sebagai peranti debug daripada eclipse
3. boleh buat usb tethering
4. dll

Ahad, 1 Disember 2013

Kakak dirogol dan dibunuh bersama 2 orang adik

ALOR SETAR - [KEMASKINI] Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilaporkan hilang disahkan mati selepas mayat mereka ditemui di Sungai Pekan Langgar petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang.  

"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang sebelum ini. Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,"katanya kepada  pemberita di tempat kejadian hari ini.

Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata, setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira jam 2 pagi.

Sementara itu bapa mangsa Rosdi Rani, 38, berkata, anaknya itu yang hanya bersekolah setakat darjah enam berpendapatan RM15 sehari. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci turut hairan kerana motosikal yang dinaiki anak-anaknya ditemui di Sekolah Kebangsaan Gelam dalam keadaan baik tetapi mayat anaknya ditemui di Alor Senibong yang jauh dari tempat rumah rakannya itu.

"Kami merancang untuk pulang ke Besut, Terengganu selepas dua tahun kami menetap di sini. Saya harap sangat dua lagi anak saya itu dapat ditemui dengan selamat," katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat sementara jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Jalan Datuk Kumbar, Alor Semela selepas solat Zohor tadi. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...