web hosting

Sabtu, 19 Oktober 2013

Aggullia Beach House, Marang Terengganu

16-18 Oktober 2013 berkesempatan menginap di sini...

tuan puan boleh baca review kat blog ni: http://neenaanuar.blogspot.com/2010/06/angullia-beach-house-resort.html






untuk tempahan boleh call : 096181322

Selasa, 8 Oktober 2013

Dalam Kenangan..


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
17 September 2013 jam 5:15 petang maka pergilah ibu tercinta mengadap Ilahi...
hampir sebulan lamanya tapi kerinduan masih terasa...

Semoga arwah mak dan ayah bahagia di sana... 

berikut adalah catatan salah seorang anak mak:

Catatan Dhuha....
Salam.......hari ini hari ketiga aku ditinggal oleh insan yg paling ku kasihi iaitu bonda Fatma. Pemergiannya setelah sebelas tahun kami ditinggalkan ayahnda yg menjadi tunggak keluarga kami. Bonda... masih teringat bicara kita di pagi selasa itu....masih segar diingatan ini dan tidak kuduga pun dipetang yg sama kuterima berita kehilanganmu. Moga rohmu tenang di sana....ku tahu betapa peritnya tempoh sebelas tahun bonda mengharungi kehidupan tanpa seorang teman disisinya. Tapi, sebelas tahun itu juga cukup mengajar kami anak-anak betapa mencabarnya untuk menjaga seorang ibu. Dengan pelbagai ujian kesakitan yang kau alami, engkau tetap pasrah menyokong dan mendorong kejayaan anak-anakmu. Memang kehilangan ini amat ku rasai. Tatkala benih-benih sinar kejayaan yang kau semai hampir ranum dan membuahkan isi yang manis. Engkau tiba-tiba tiada........
Ibu, aku tahu walau berjuta keringat ku tumpahkan untuk membahagiakanmu, aku tetap yakin aku belum pernah sungguh membahagiakan dirimu. Ibu,walau apapun tidak pernah luput dihati dan benak fikiranku untuk cuba membahagiakanmu. Ibu, hari ini aku pasrah dan redha dengan ketetapan Illahi, dirimu ku serah kembali perjalanan menuju alam yang hakiki.


Wahai anak-anakku, saudara-saudaraku, teman-temanku, ketahuilah disaat ini aku tetap merasa seribu kehilangan dan tika yang sama jua terasa seribu kekurangan dalam membahagiakan kedua orang tuaku.Ingatlah wahai kalian, disaat kita berusaha sedaya upaya kita,pun begitu rasa kekurangan tersebut tetap jua muncul. Inginku berpesan pada kalian yang masih mempunyai insan yang bernama ayah dan ibu, berbaktilah kepada mereka semampu kalian.....sesungguhnya mereka insan yg terlalu banyak berkorban segala galanya....bukan sekadar wang ringgit dan tenaga semata utk membesarkan kita tetapi juga telah berkorban perasaan dan keinginan yg kadangkala tak terlafaz oleh mereka. Justeru kitalah yg bernama anak yg mengaku untuk cuba menjadi soleh dan solehah yang perlu belajar utk memahami ayah dan ibu biarpun mereka tak pernah meminta apalagi mengharapkan kita utk memenuhi impian mereka. Korbankanlah sedikit masa kalian untuk bersama sama mereka...menjengok mereka...atau sekurang2nya kerap bertanya khabar mereka. Izinkan juga aku mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga yg jauh dan dekat....sahabat handai..jiran tetangga serta semua yang mendoakan dan memberi ucapan salam takziah. Sesungguhnya perjalanan ini akan tiba di nokhtahnya dan buatlah yg terbaik yang sebenarnya kita mampu jika bersungguh2 untuk orang yg terlalu bermakna dalam hidup kita.....daripada insan yg kerdil...pak om.

DAYA (Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Batu 9, Kedah)




merupakan Pertubuhan yang ditubuhkan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Kedah yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Batu 9,Kedah (DAYA) atau singkatannya DAYA
Mission
tujuan penubuhan DAYA ini akan memberi makna yang besar kepada anak-anak yatim, di mana DAYA akan menguruskan makan minum, tempat tinggal, persekolahan, rawatan perubatan dan kesihatan, musibah serta bantuan-bantuan lain yang difikirkan munasabah dan patut dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Description
DAYA telah menyiapkan Bangunan 2 tingkat (18 bilik) dengan kos RM800,000.00. DAYA telah mula dibuka secara rasmi pada 12 Disember 2010.

Pengambilan pertama pada 18 Disember 2010, seramai 40 orang kanak-kanak, 20 belajar di Madrasah At-taklimiah dan 20 orang lagi belajar di Sekolah Rendah Islam Burhanuddin Al-Helmi.



sebarang sumbangan boleh salurkan kepada kami di akaun bank:

MAYBANK (552022023687)
BANK ISLAM (020110110062891)

ATAU

hubungi:

Hj. Sobri Hj. Awang : 019-5492301 @
Sdr. Muhd Azri Ahmad : 013-4097521
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...