web hosting

Selasa, 1 Februari 2011

Siapa yang menyelenggara TAMAN PERMAINAN sebenarnya nie

Siapa yang menyelenggara TAMAN PERMAINAN sebenarnya nie.. PENDUDUK, PEMAJU @ KERAJAAN TEMPATAN?

Taman permainan terbiar

JALAN PEGAWAI - Taman permainan kanak-kanak yang seharusnya dijaga dengan baik untuk memastikan keselamatan mereka terjamin sewaktu bermain langsung tidak diendahkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Tinjauan Sinar Harian di dua lokasi taman permainan iaitu di Tanjung Chali dan Taman Abdul Aziz mendapati ianya langsung tidak menyediakan kemudahan lengkap kepada golongan si kecil untuk merehatkan fikiran selepas penat belajar.

Keadaan permainan yang sudah berkarat dan uzur masih disediakan walaupun ianya mampu mengundang bahaya.

Kakitangan swasta, Norehan Yahya, 29, berkata, pihak yang bertanggungjawab tidak sepatutnya membiarkan kawasan taman permainan tidak sempurna kerana tidak banyak taman permainan di kawasan sekitar termasuklah pusat bandar.

Menurutnya, peralatan yang rosak dan berkarat seharusnya digantikan dengan yang baru supaya keselamatan kanak-kanak yang menggunakannya lebih terjamin.

“Jika peralatan yang disediakan berkarat ia membahayakan kanak-kanak kerana bimbang sekiranya berlaku kemalangan sewaktu mereka bermain.

“Saya juga melihat tangga yang disediakan untuk menaiki papan gelongsor telah rosak dan hampir patah, jadi sekiranya masih digunakan sudah pasti membahayakan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Norehan berkata, pemantauan oleh pihak bertanggungjawab dan tindakan membaiki peralatan berkenaan perlu dilakukan untuk kemudahan yang lebih selamat.

Sementara itu, taman permainan yang disediakan di Taman Abdul Aziz pula dijadikan sebagai tempat longgokan sampah dan pokok yang telah ditebang.

Penduduk, Noraini Ahmad, 32, berkata, sikap pihak yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah dan melonggokkan pokok di kawasan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ianya memberi kesan kepada pengguna.

Menurutnya, apabila perkara ini berlaku ia telah menyusahkan ibu bapa yang hendak membawa anak-anak mereka untuk bermain di kawasan taman permainan itu.

“Peralatan permainan di sini kebanyakannya telah rosak tetapi saya rasa ia boleh dibaiki dan digantikan dengan yang baru namun apabila tempat ini menjadi tempat longgokan sampah ia boleh mengundang penyakit kepada kanak-kanak.

“Keadaan bersemak juga membimbangkan ibu bapa kerana khuatir sekiranya terdapat binatang berbisa seperti ular yang membahayakan mereka,” katanya.

Noraini berkata, langkah segera perlu diambil untuk membersihkan kawasan itu kerana ia juga mencemarkan kawasan sekitar.
 
Pulangkani: conpius juga kadang-kadang... rumah pulangkani sebelah taman permainan juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...