web hosting

Jumaat, 22 April 2011

Jawatan Kosong di Langkawi

MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
( Pemberitahuan Jawatan Kosong )

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang  berkelayakan  serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk  mengisi  kekosongan  jawatan-jawatan seperti berikut:

Bil.
Nama Jawatan
Gred
1.
Pegawai Teknologi Maklumat
F41
2.
Juruteknik
J17
3.
Juruteknik Komputer
FT17
4.
Pembantu Akauntan
W17

MAKLUMAT LENGKAP KEKOSONGAN JAWATAN DI SINI

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DI SINI

Selasa, 19 April 2011

cara berdoa

Sabar Bila Dicaci

Seperti kebiasaan Imam Abu Hanifah akan mengajar orang ramai di masjid. Tetapi pada suatu hari ketika dia sedang mengajar, tiba-tiba datang seorang lelaki ke masjid itu. Lelaki terbabit memaki hamunnya dengan kata-kata yang cukup kasar dan amat menyakitkan hati.

Bagaimanapun, Imam Abu Hanifah langsung tidak melayan, apalagi untuk membalas kata-katanya. Melihat sikap lelaki tersebut, beberapa orang yang sedang belajar dengan Imam Abu Hanifah cuba untuk menegurnya. Namun Imam Abu Hanifah menegah. "Jangan, ini masjid. Masjid adalah rumah Allah," katanya. Selesai sahaja mengajar, Imam Abu Hanifah meninggalkan masjid untuk pulang ke rumah.

Tetapi lelaki yang memaki hamunnya tadi terus mengekorinya dari masjid. Sambil berjalan di belakang Imam Abu Hanifah, lelaki itu tidak henti-henti memaki dan mengatanya. Bagaimanapun, Imam Abu Hanifah tetapi mendiamkan diri seperti sebelumnya.

Sebaik sahaja sampai di pintu rumah, Imam Abu Hanifah terus berdiri dihadapan lelaki itu. "Ini rumah aku. Kalau engkau hendak mencaci dan masih lagi menyimpan dendam terhadap aku, silalah... Luahkanlah sepuas-puas hati engkau.

Katakanlah semunya supaya engkau tidak lagi meyimpan kata-kata kasar dan seburuk itu." kata Imam Abu Hanifah. Mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah, lelaki itu mula berasa malu. Dia lantas terus meminta maaf atas kekasarannya.


* Moral of the story: Kita perlu bersabar dengan apa yang orang katakan. Jika terlalu marah, lepaskanlah sepuas hati kita. Selepas itu, maafkan lah orang yang buat kita marah itu.

Parti Liar: Kat Malaysia pun boleh....

anda tafsir sendiri banner2 di bawah:

4 Pelajar lelaki raba buah dada rakan sekelas


ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.
Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.



sumber: Harian Metro

Sabtu, 16 April 2011

Tumit kaki sakit

PLANTAR fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.
Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.
Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.

Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.

Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.

Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.

Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.

Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.

Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.

Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.

Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.

Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.

  • Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.

  • Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.

  • Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.

  • Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.

  • Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.

  • Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.

  • Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

    Dengan modaliti rawatan di atas saja, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurang atau menghilangkan sakit tumit kaki. Gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat. Kebanyakan pesakit mendapati sakit tumit hilang selepas tiga bulan rawatan dan lebih 90 peratus pesakit mendapati sakit tumit hilang dalam satu tahun rawatan.

    Jika sakit tidak berkurangan selepas rawatan itu, suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar. Namun, doktor tidak suka memberi suntikan itu kerana komplikasi steroid. Dua komplikasi utama ialah atropi tisu lemak dan koyak tisu plantar, keadaan ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk pada tumit kaki.

    Rawatan lain yang boleh digunakan ialah dengan extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan. ESWT boleh dicadangkan kepada pesakit selepas rawatan utama gagal.

    Rawatan secara pembedahan jarang diperlukan dalam merawat plantar fasciitis. Majoriti pesakit plantar fasciitis akan pulih jika mendapat masa secukupnya untuk rawatan.

    Hanya sejumlah kecil memerlukan pembedahan dan mereka ialah yang gagal dalam rawatan konservatif untuk tempoh secukup, iaitu lebih kurang setahun.

    Kebanyakan pembedahan membabitkan pemotongan fascia plantar daripada pelekatannya di tulang tumit dengan tujuan melonggarkan tisu plantar.

    Untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit. Ortotik yang ditempah khas mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal.

    Penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang.
  • Selasa, 12 April 2011

    Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

    Pemohon-pemohon yang terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM):

    1. PEGAWAI PENERBITAN GRED N41
    2. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41-54
    3. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
    4. PUSTAKAWAN GRED S41
    5. AKAUNTAN GRED W41
    6. JURUPULIH PERUBATAN GRED U29/32
    7. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
    8. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U29
    9. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN GRED U29
    10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
    11. PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N27
    12. PEMBANTU LAUT GRED A17
    13. PEMBANTU MAKMAL GRED C17
    14. JURUTEKNIK GRED J17
    15. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP17
    16. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) GRED N17
    17. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17
    18. TUKANG K1 GRED R17
    19. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W17
    20. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
    21. PEMANDU KENDERAAN GRED R3/R6
    22. OPERATOR LOJI GRED R3
    23. PEKERJA RENDAH AM GRED R1

    MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

    Tarikh Tutup Permohonan : 24 April 2011

    Jawatan Kosong di SUHAKAM

    Job Vacancy - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
    Closing Date - 25 April 2011


    Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia sebuah organisasi yang memberi peluang sama rata kepada warga negara Malaysia mempelawa warga negara yang berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

    1. Penolong Setiausaha Gred 41 (2 Kekosongan)
    2. Penolong Setiausaha Gred 41 (1 Kekosongan)
    3. Akauntan Gred W41

    For more information, click here.

    Jawatan Kosong di Kedah

    Nama Jawatan
    Gred
    Pembantu Tadbir (P/O)
    N17
    Pembantu Tadbir (Kewangan)
    W17
    Pembantu Akauntan
    W17
    Pegawai Khidmat Pelanggan
    N17

    Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) di www.spakedah.gov.my , anda perlu mendaftar untuk memohon sekiranya anda belum berbuat demikian.

    Isnin, 11 April 2011

    Makan Tengah Hari di Temerloh RM13000

    Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
    mereka dikenakan bayaran RM13,000.

    NONEMenurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

    "Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernamahari ini.

    Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

    "Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

    Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

    NONEBernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

    Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

    Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

    Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

    Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya. 

    Rabu, 6 April 2011

    Teloq ayam pun depa palsukan... adesss.....

    Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

    Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

    NONEDemikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

    Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

    "Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

    Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

    Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

    "Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

    Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.

    - Bernama

    Jawatan Kosong di IIUM

    Job Vacancy - International Islamic University Malaysia
    Closing Date - 30 April 2011

    We are a well known international university fully committed to comprehensive excellence in its academic pursuit and its administration. We extend an invitation to those who wish to contribute towards reaching our vision of revitalizing the intellectual dynamism of Islam and the Muslim Ummah and contribute towards the improvement of qualities of human life and civilization.

    Position:
    1. Dietician (U41)
    2. Assistant Accountant (W27)
    3. Accounting Assistant (W17)

    For more information, click here.

    Web Designer dan Programer diperlukan di Alor Star

    Syarikat kami memerlukan beberapa orang pereka laman web , mesti tahu sedikit basic php dan html. Calon mestilah rajin, berdikari dan bertanggungjawab.

    Calon yang berminat sila hubungi 
    Mr. Koay 0124720071
    atau terus ke
    Mesra Web,
    5, Taman Enggang, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar
    TEl: 04-7322488

    email: jobs@mesraweb.com

    Selasa, 5 April 2011

    Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

    Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.

    NONEMangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
    Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

    Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

    Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

    Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

    Jawatan Kosong di SADA

    SADA merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah mempelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai pasukan kami di SADA.

    1. Pembantu Makmal

    For more information, click here.
    Requirements
    Application Form

    Isnin, 4 April 2011

    Kekosongan Jawatan di MPSP

    JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP)

    Calon-calon berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

    1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (1 kekosongan)
    2. Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 (1 kekosongan)
    3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (1 kekosongan)
    4. Juruteknik Komputer Gred FT17 (1 kekosongan)
    5. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 (18 kekosongan)
    6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 (15 kekosongan)

    MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

    Jawatan Kosong: Engineer dan Site Supervisor di Jitra

    FBS BINA SDN BHD

    DIPERLUKAN SEGERA LELAKI SAHAJA

    1) ENGINEER
    2) SITE SUPERVISOR

    Mempunyai sijil/diploma kejuruteraan awam, pengalaman tidak diperlukan,
    mempunyai lesen memandu dan berkenderaan sendiri

    Hubungi :
    Pn.Liza Bt. Abas
    04-916 3681
    email : fbsbina@yahoo.com
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...