web hosting

Isnin, 28 Februari 2011

SWINGER: Pakej Perlancongan bertukar suami isteri....

JOHOR BAHRU: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.
Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an.

Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon.

Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka.

“Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.

“Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu,” katanya.

Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.

Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini.

“Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.

“Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.

“Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.

Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia.

“Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat.

“Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Hukum Muzik... Pandangan 3 Golongan Ulamak


Golongan Ulamak Pertama
Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:

1.   Daripada Abdul Rahman bin Ghunm katanya, Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asy’ari telah menceritakan kepada aku bahawa dia telah mendengar Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pasti akan berlaku satu kaum dari umatku yang menghalalkan zina, kain sutera, arak dan alat-alat permainan muzik. (1)
                                                                                   
(1) Riwayat al-Bukhari (5590) dalam kitab al-Asyribah, bab orang yang menghalalkan arak dan menamakannya dengan nama yang lain.

2.   Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah s.w.t. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi. (1)

(1) Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.

3.   Daripada Nafi’ bahawa Ibnu Umar r.a. telah mendengar suara seruling tukang gembala. Lalu ditutup dua telinganya dengan dua jari telunjuknya dan memalingkan kenderaannya dari jalan seraya berkata: Wahai Nafi’, adakah kau masih mendengarnya?. Aku menjawab: Ya. Maka dia terus menjauhkan diri sehingga aku mengatakan tidak mendengar lagi, baru diangkat tangannya dan mengembalikan kenderaannya ke jalan. Kemudian Ibnu Umar berkata: Saya melihat Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam berbuat demikian sewaktu mendengar seruling tukang gembala. (1).

(1) Riwayat Abu Daud (4914) dalam kitab al-Adab, bab larangan nyanyian dan alat muzik; Ibnu Majah (1901) dalam kitab an-Nikah, bab nyanyian dan ad-duff; Musnad Ahmad (4307) dalam kitab Musnad al-Mukthirin Min as-Sahabah, bab musnad Abdullah bin Umar bin al-Khattab.

4.   Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengharamkan arak, judi, gendang dan ghubaira’ (1) dan tiap-tiap yang memabukkan adalah haram.(2)

(2) Riwayat Abu Daud (3680) dalam kitab al-Asyribah, bab larangan daripada perkara yang memabukkan.

hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام               

Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram.

Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al-Imam al-Baihaqi dalam as-Sunan al- Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al-Bazzar secara marfu’.
                 
Dalam kitab al-Muhazzab oleh al-Imam Abu Ishak as-Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata as-Syirazi:
ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار   
Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.

Adapun dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli “ Lahwu al-Hadis ” bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah..
                                             ( Surah Luqman: 6 )

Berkata Ibnu Abbas: “ Lahwu al-Hadis ” sesungguhnya itulah alat-alat hiburan.

Al-Imam an-Nawawi mengatakan dalam kitabnya al- Minhaj dalam Kitab as-Syahadat:

ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج     
     ومزمار عراقي واستماعها.                                                                                     

Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti tonbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.

Dalam Mazhab Hanbali, berkata Imam Ibnu Qudamah al-Hanbali dalam al-Mughni yang boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

Hiburan itu tiga keadaan:

i)   Haram - iaitu memetik tali-tali alat permainan dan alat-alat yang ditiup,   memalu gambus, thunbur dan lain-lain alat hiburan. Sesiapa yang sengaja mendengarnya maka ditolak kesaksiannya kerana diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali r.a. bahawa Nabi Sollallahu ‘alaihiwasallam bersabda yang maksudnya: Apabila telah nyata pada umatKu lima belas perkara nescaya bala akan menimpa mereka. Maka Baginda menyebutkan di antaranya: Muncul alat-alat nyanyian dan alat-alat hiburan.

ii)   Harus - iaitu duff (kompang), kerana Nabi Sollallahu ‘alahi Wasallam telah bersabda yang maksudnya: Zahirkanlah kerja perkahwinan itu kepada orang ramai dan kamu palulah kompang padanya.

iii)   Makruh - iaitu memalu kayu pada kayu apabila tidak dicampur dengan perkara haram atau makruh.

Abdul Rahman al-Jaziri menyebut: Hukum alat muzik yang bertali seperti tonbur, rebab, qanun atau bertiup seperti seruling di sisi ulamak hanafiyyah ialah makruh tahrim.

Berkata al-Imam as-Sayyid ‘Alwi al Maliki al Husni: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rebab, gitar dan qanun haram mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya. Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (ad-Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.

Golongan Ulamak Yang Kedua
Di sana terdapat sebahagian ulamak yang mengharuskan alat-alat nyanyian atau muzik. Dr. Wahbah menyebut bahawa Imam Malik, az-Zohiriyyah dan sekumpulan ulamak sufi mengharuskan mendengar nyanyian walaupun bersama-sama dengan alat muzik seperti al-‘ud (alat muzik bertali seperti gitar dan seumpamanya) dan lainnya. Inilah pendapat sekumpulan para sahabat seperti Ibnu Umar, Abdullah bin Ja’afar, Abdullah bin az-Zubair, Mu’awiyyah, Amru bin al-‘As dan lain-lain. Begitu juga pendapat sebahagian tabi’ien seperti Said bin al-Musayyab.

Antara ulamak yang mengharuskan muzik juga ialah As-Syeikh Mahmud Syaltut. Beliau telah menjelaskan dalam fatwanya Al-Fatawa Dirasah li Musykilat al-Muslim al-Mu’asir fi Hayatihi al-Yaumiyyah wa al ‘Ammah di mana katanya:

   “ Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang merdu tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara manusia atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan daripada perkara yang wajib pada syara’ ”.

Selain itu, Dr. Ahmad as-Syarbashi juga menghimpunkan segala fatwa ulamak dalam kitabnya Yas’alunaka ‘an ad-Din wa al-Hayah dalam perkara mendengar muzik dan nyanyian. Daripada perbincangannya itu dapat disimpulkan bahawa beliau berpendapat, fatwa al-‘Allamah as-Syeikh Mahmud Syaltut itu adalah pendapat pertengahan yang adil di antara ulamak yang mengharamkan dan ulamak yang mengharuskan dalam perkara muzik dan nyanyian itu.

Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi menegaskan dalam kitabnya Idhoh ad-Dilalat fi Sama’i al-Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam masalah yang berkait dengan hukum mendengar alat-alat muzik) - bahawa hukum haram segala bentuk alat muzik yang disebutkan dalam hadis bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu sendiri atau suara dan bunyian yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan dengan sebab yang demikian, maka sudah tentulah bunyi-bunyian yang merdu seperti suara burung juga termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulamak telah bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu tidaklah dihukum haram. Bahkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik dihukum haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang haram yang beserta dengannya dan juga yang membawa kepada “al-Lahwu”. Menurut beliau “al-Lahwu” ialah perkara-perkara yang dengannya menyebabkan manusia lalai daripada melakukan ketaatan dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta membawanya kepada melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh syariat.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa sesiapa yang memerhatikan semua hadis yang datang daripada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam mengenai alat-alat muzik ini, dia akan mendapati larangan-larangan tersebut dikaitkan dengan menyebut ‘ al-Malahi ’ – iaitu perkara-perkara yang melalaikan - dan juga menyebut tentang arak, penyanyi-penyanyi perempuan yang mendedahkan aurat, perkara-perkara keji dan kefasikan bersamanya. Ini bermakna ia dihukum haram dengan sebab perkara-perkara haram tersebut bukannya alat muzik itu sendiri. Hadis-hadis yang tidak menyebutkan perkara-perkara tersebut adalah hadis-hadis Ahad yang tidak boleh dithabitkan hukum dengannya secara qot’ie (putus dan muktamad). Bahkan hadis-hadis yang bersifat mutlak (umum) ini, dikhususkan oleh hadis-hadis yang menyebut tentang perkara-perkara haram yang mengiringi permainan muzik. Dengan itu, maka hadis-hadis yang menyebut tentang pengharaman alat-alat muzik hendaklah dilihat dalam konteks bahawa ianya disertai dengan perkara-perkara haram dan boleh menyebabkan kelalaian kerana di sana terdapat hadis yang melarang bermain muzik dikaitkan dengan perkara tersebut. 

Beliau juga mensyaratkan tujuan dan niat yang baik walaupun tidak disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan ketika bermain muzik dan mendengar nyanyian yang diharuskan. Niat memainkan peranan. Sekiranya dia mempunyai niat atau cita-cita yang tidak baik melalui alat muzik yang dimainkan serta nyanyian harus yang didengarinya seperti bercita-cita atau berkhayal meminum arak, berfoya-berfoya dan berseronok dengan perempuan ketika bermain muzik dan mendengar lagu itu atau dia mahu kalau boleh perkara tersebut ada dalam majlis tersebut, maka hukumnya adalah haram juga. Peranan niat yang membawa kesan kepada hukum harus dan haram ini samalah seperti peranan niat ketika membaca al-Quran bagi mereka yang berada dalam keadaan berhadas besar. Jika dia berniat membaca al-Quran maka hukumnya adalah haram dan jika berniat zikir maka hukumnya adalah harus. Begitu juga seseorang yang minum air teh dengan niat minum arak dan juga seorang suami yang bersetubuh dengan isteri dalam keadaan dia niat menggauli atau menggambarkan isterinya itu adalah perempuan tertentu yang bukan isterinya maka kedua keadaan tersebut, hukumnya adalah haram.

Pendapat Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi ini turut dipersetujui oleh al Ustaz Mustofa Ahmad az-Zarqa sebagaimana tersebut dalam kitabnya Fatawa Mustofa az-Zarqa. Bahkan beliau turut memperakui bahawa kitab karangan Al-‘Allamah as-Syeikh Abdul Ghani an-Nabulsi tersebut adalah sebagai rujukan terbaik dalam mengetahui hukum yang berkait dengan masalah alat-alat muzik. Dalam kitab Fatawanya juga, al-Ustaz Mustofa Ahmad az-Zarqa telah menukilkan pandangan al-‘Allamah Ibnu ‘Abidin r.a. dalam Hasyiahnya, syarah kepada kitab Raddu al-Mukhtar di mana nas kata-katanya ialah:

“Aku berpendapat: Ini semua memberi maksud bahawa alat-alat muzik itu bukanlah haram kerana alat muzik itu sendiri, tetapi ia di sebabkan al-lahwu (iaitu disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan daripada menunaikan tanggunggjawab dan kewajipan kepada Allah). Hukum ini sama sahaja sama ada orang yang mendengarnya atau bermain menggunakannya ”. Beliau seterusnya menegaskan “ Apakah kamu tidak lihat bahawa hukum bermain alat muzik itu, kadang-kadang harus dan kadang-kadang dihukum haram. Ini semua adalah disebabkan perbezaan niat dan tujuan mendengarnya. Dan sesungguhnya setiap perkara itu adalah berdasarkan kepada tujuan dan niatnya ”.

   Di antara ulamak mutakhir di zaman kita ini yang sependapat dengan golongan ulamak yang kedua ini ialah as-Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhowi sebagaimana dijelaskan dan dihuraikan dengan pangjang lebar dalam kitabnya Malamih al-Mujtama’ al-Muslim Allazi Nansyuduhu - ( Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan) - dan juga al Halal wa al-Haram fi al-Islam - ( Halal dan haram dalam Islam ). Dalam huraian tersebut beliau telah menolak hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh golongan yang mengharamkan alat-alat muzik dengan menyatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai alat-alat muzik adalah dipertikaikan kesahihannya.


Sekalipun hadis ke 1 (lihat hadis-hadis yang menjadi hujjah kepada golongan yang mengharamkan alat-alat muzik di atas) di sebutkan dalam kitab Sahih al-Bukhari tetapi ia termasuk dalam kategori “ al- Mu’allaqat” bukan termasuk dalam kategori hadis yang sanadnya bersambung. Pada sanadnya terdapat seorang perawi Hisyam bin Ibn ‘Ammar yang dipersoalkan oleh sebahagian ahli hadis. Abu Daud berkata tentangnya: Beliau meriwayatkan empat ratus hadis yang tidak mempunyai sebarang sandaran. Imam Ahmad berkata: Dia tidak teliti dan lemah akal. Al-Hafiz az-Zahabi pernah berkata mengenainya: Beliau jujur dan banyak riwayat, namun ada perkara yang tidak disenangi tentangnya. Selain daripada dipertikaikan kesahihannya, pendalilannya juga dipertikaikan. Ini kerana perkataan al-ma’azif sebagaimana dalam hadis tersebut belum ada persepakatan tentang maknanya secara tepat. Menurut sebahagian orang ia bermaksud “ permainan-permainan ”. Ini sangat umum. Ada juga yang mengatakan ia bermakna “ alat-alat muzik ”.

Selain itu, hadis itu juga tidak mempunyai makna yang jelas tentang pengharamannya kerana ungkapan ( يستحلون –yang diterjemahkan dengan makna mereka menghalalkan ) dalam hadis itu mempunyai dua makna sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn al-‘Arabi. Makna pertama ialah dengan makna hakiki bukan majazi iaitu mereka beriktikad bahawa perkara tersebut adalah halal. Makna kedua: ia adalah kiasan (majaz) yang bermaksud bermudah-mudah menggunakan perkara tersebut. Beliau juga telah menegaskan bahawa hadis ini adalah menjelaskan tentang perilaku sekelompok manusia yang tenggelam dalam kemewahan, kefoyaan dan arak. Mereka dikelilingi oleh arak dan wanita, permainan dan nyanyian serta zina dan sutera. Oleh itu kita dapati Ibn Majah meriwayatkan hadis ini dari Abu Malik al Asy’ari dengan lafaz yang bermaksud:

“ Akan ada di kalangan umatKu yang akan meminum arak yang dinamakan dengan nama lain. Kepala-kepala mereka dipenuhi dengan alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan memasukkan mereka ke dalam tanah dan akan menggantikan rupa mereka dengan rupa kera dan babi ”.

Perkara  yang sama juga telah diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya dan al-Bukhari dalam kitab Tarikhnya. Setiap mereka yang meriwayatkan hadis ini bukan melalui Hisyam Ibn ‘Ammar meletakkan ancaman itu ke atas orang yang meminum arak dan bukannya pada alat-alat muzik tersebut. Alat-alat muzik tersebut hanya dijadikan sebagai penyempurna dan yang mengikuti mereka.
Golongan Ulamak Yang Ketiga
Golongan ini ialah golongan yang mengharamkan beberapa jenis alat muzik dan mengharuskan selain daripadanya. Alat-alat muzik yang diharamkan itu ialah (al-mizmar- المزمار ) seruling atau semua alat yang ditiup seperti serunai dan seumpamanya, (al-awtar – الأوتار ) alat muzik bertali dan (Thoblu al-Kubah – طبل الكوبة) gendang kecil yang ramping di tengah. Inilah pendapat di sisi Imam al-Ghazali r.hm. dan mereka yang sependapat dengannya. Ini kerana ia menjadi lambang kepada peminum arak dan khunsa. Selain daripada alat-alat muzik tersebut, hukumnya masih kekal seperti asalnya iaitu harus. Umpamanya rebana sekalipun terdapat loceng kecil padanya, begitu juga dengan tabuh, syahin dan gendang yang dipukul dengan kayu serta alat-alat lain.

Al-Imam al-Ghazali berhujjah dengan berkata bahawa syarak tidak mengharamkan alat-alat tersebut kerana kelazatannya. Jikalau ia hanya kerana kelazatannya maka perkara-perkara lazat yang lain turut dilarang. Ia dilarang atas dasar turutan (ittiba’). Apabila arak diharamkan, maka semua amalan peminum arak turut diharamkan bersama iaitu alat muzik bertali dan seruling. Keadaan ini samalah seperti pengharaman berkhalwat dengan wanita ajnabiyyah kerana ia boleh membawa kepada persetubuhan. Begitu juga dengan pengharaman memandang ke arah peha kerana ia bersambung dengan dua kemaluan. Diharamkan juga arak yang sedikit sekalipun tidak memabukkan kerana ia membawa kepada mabuk. Setiap perkara yang mendorong kepada yang haram mesti diharamkan juga sebagai satu jalan menghalang daripada terjatuh terus ke dalam jurang yang pasti haram. Muzik bertali dan seruling (atau seumpamanya) menjadi haram kerana mengikuti pengharaman arak lantaran tiga alasan:

i)   Ia boleh mengakibatkan seseorang itu meminum arak, kerana kelazatan  yang ada padanya hanya akan sempurna dengan arak.

ii)   Alat ini menyebabkan orang yang baru meninggalkan arak mengingati kembali majlis-majlis hiburan yang dihidangkan dengan arak. Ini kerana majlis hiburan tersebut kebiasaannya diserikan dengan alat-alat muzik tersebut. Dengan itu apabila dia bermain dengan muzik tersebut, maka ia akan membawa kepada ingatan terhadap majlis itu. Ingatan akan mendorong kepada kerinduan. Dengan itu alat muzik tersebut menjadi penyebab seseorang yang telah meninggalkan amalan meminum arak kembali melakukannya.

iii)   Terdapat ijma’ ulamak mengenainya, kerana ia telah menjadi amalan orang fasik. Oleh itu ia dilarang kerana menyerupai mereka. Ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk di kalangan kaum tersebut.
Huraian Dan Pendapat Para Ulamak Berkenaan Ayat 6 Surah Luqman. (1)

Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli “Lahwu al-Hadis ” bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan tanpa ilmu. Dan mereka mempersenda-sendakan orang yang berjuang untuk menegakkan agama Allah. Bagi mereka itu azab yang hina.
                 
Sebab Turun Ayat:

Menurut pendapat yang masyhur sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Juwaibir  daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa ayat ini diturunkan kepada seorang kafir Quraisy yang bernama an-Nadhar bin al-Harith. Beliau telah membeli seorang jariah, yang merupakan seorang penyanyi. Apabila an-Nadhar mendengar ada orang yang ingin masuk Islam, maka orang itu diajaknya datang ke tempatnya, lalu dia berkata kepada penyanyi tersebut: Berilah orang ini makanan dan minuman, dan perdengarkanlah nyanyianmu kepadanya. Kemudian dia berkata kepada orang tersebut: Ini lebih baik bagimu daripada apa yang di ajak oleh Muhammad untuk mengerjakan sembahyang, berpuasa dan berperang mengikut dia. Maka turunlah ayat di atas, mencela  perbuatan jahat tersebut dan memberi amaran keras dengan siksa api neraka yang sangat pedih dan hina.
As-Suyuti menyebutkan dalam Lubab an-Nuqul fi Asbab an-Nuzul bahawa Ibnu Jarir meriwayatkannya melalui toriq al-‘Aufi daripada Ibnu Abbas r.a.. 

Pandangan Ulamak Mengenai ‘al-Lahwu al-Hadis’

i-   Ibnu Kathir mentafsirkannya dengan makna orang jahat yang berpaling daripada mengambil manfaat dengan mendengar kalamullah dan menghadap kepada nyanyian-nyanyian dan alat-alat muzik.

ii-   Abdullah bin Mas’ud menyatakan bahawa maksudnya ialah nyanyian-nyanyian sebagaimana maksud kata-katanya: “Nyanyian, Demi Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia”. Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.

iii-   Al-Hasan al-Basri berkata: Ia adalah nyanyian dan alat-alat muzik.

iv-   Mujahid berkata: Ia adalah nyanyian dan alat-alat tiupan.

v-   Ad-Dhohhak mengatakan: Termasuk dalam maknanya juga ialah syirik kepada Allah.

vi-   Ibnu Jarir berkata bahawa: Setiap perkataan , ucapan, kisah dan cerita yang bertujuan untuk menghalang manusia daripada menghayati ayat-ayat Allah dan mengikuti jalannya , maka termasuklah di dalam maksud ayat ini.

vii-   Berkata al-Imam as-Suyuti: Iaitu apa sahaja yang melalaikan daripada melakukan perkara yang sepatutnya diambil berat.

viii-   Al-Ustaz Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang menegaskan dalam tafsirnya at-Tibyan Fi Tafsir al-Quran al-Karim bahawa: Termasuk juga makna ‘Lahwa al-Hadith’ ialah segala kerja atau kegiatan yang dilakukan pada masa sekarang ini di atas nama kebudayaan dan seumpamanya yang bertujuan supaya para belia Islam tidak ada masa untuk pergi berusrah atau mengkaji agama mereka untuk memahami ajaran agamanya. Kegiatan-kegiatan seumpama ini akan menghalang para belia Islam untuk bangun berjuang menegakkan agama Allah. Mereka ini dilalaikan dengan program-program yang sengaja diadakan untuk menyesatkan mereka.


(1)   Lihat Tafsir Ruh al-Ma’ani oleh al-Alusi, Mukhtasar Ibnu Kathir oleh Mohd Ali al-Sobuni, Tafsir al-Quran al-Azim oleh Ibnu Kathir, Tasir al-Jalalain oleh al-Suyuti dan al-Mahalli, al-Jami’u Li Ahkam al-Quran oleh al-Qurtubi dan al-Tibyan Fi Tafsir al-Quran al-Karim oleh Haji Abdul Hadi Awang.
Kesimpulan
Ulamak yang mengharamkan alat-alat muzik adalah bersandarkan kepada ayat di atas dengan menyatakan bahawa ia termasuk dalam erti kata al-Lahwu al-Hadith sebagaimana pendapat al-Hasan al-Basri, Mujahid dan mereka yang sependapat dengannya.

Manakala ulamak yang mengharuskannya pula berpendapat bahawa ayat di atas menyebutkan dengan jelas dan terang bahawa larang-larangan itu tidaklah ditujukan kepada nyanyian atau alat-alat permainan itu sendiri, tetapi ia disebabkan oleh faktor yang lain iaitu sebagaimana yang diterangkan dalam ayat itu sendiri yang bermaksud: ‘supaya dia dapat menyesatkan manusia dari jalan Allah’. Oleh itu sekiranya nyanyian dan alat-alat muzik itu dibeli atau dipergunakan untuk melalai dan menyesatkan manusia dari jalan Allah atau yang boleh mendorong dan mempesonakan orang ramai sehingga melampaui batas syarak, maka pastilah bahawa hukumnya adalah haram. Bahkan termasuklah juga semua perkara, benda, alat, program dan apa sahaja yang melalai dan menyesatkan manusia. Inilah yang dikatakan Lahwu al-Hadith, sebagaimana pendapat Ibnu Kathir dan juga para ulamak yang lain sebagaimana yang disebutkan di atas. Jika dilihat kepada sebab turun ayat di atas, ia lebih menjelaskan dan memperkuatkan lagi pendapat golongan ulamak ini. Ini kerana ia diturunkan kerana mencela an-Nadhar yang menggunakan hiburan yang terdiri daripada penyanyi dan alat muzik untuk melalai dan menyesatkan manusia bukannya mencela nyanyian dan alat muzik itu sendiri. Walau bagaimanapun ia menjadi haram dan dicela jika berlaku sebagaimana yang telah dihuraikan di atas. Oleh itu ayat ini tidak boleh dijadikan dalil untuk mengharamkan semua jenis alat muzik sebagaimana yang menjadi sandaran kepada golongan ulamak yang mengharamkannya.
Daripada perbincangan di atas kita dapat membuat beberapa kesimpulan sepertimana berikut:-

i)   Pada umumnya terdapat tiga pendapat ulamak mengenai kedudukan hukum alat-alat muzik. Mereka itu ialah:

a)   Yang mengharamkan semua jenis dan bentuk alat muzik kecuali ad-dufuf iaitu kompang atau rebana yang dipukul ketika majlis pernikahan kerana terdapat hadis yang sahih mengenai keharusannya. Namun ia tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur. Tetapi lawan pendapat yang masyhur adalah harus memukul alat rebana atau kompang dalam semua upacara majlis kegembiraan umat Islam.

b)   Yang mengharuskan semua jenis dan bentuk alat-alat muzik. Mereka berpendapat bahawa yang haram itu bukalah zat atau ain alat muzik itu sendiri tetapi faktor-faktor luar yang mengiringinya itu yang menentukan sama ada ia menjadi haram atau sebaliknya.

c)   Yang mengaharamkan beberapa jenis alat muzik - iaitu al- Mizmar, al-Awtar dan Thoblu al-Kubah – dan mengharuskan selain daripadanya.

ii)   Ketiga-tiga golongan ulamak tersebut di atas mempunyai hujjah dan dalil-dalil yang masing-masing mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Dalam perbincangan ini, penulis tidak berhajat untuk mentarjihkan (menentukan manakah pendapat yang paling kuat dan sahih). Apa yang penting di sini ialah kita dapati bahawa persoalan berkenaan dengan hukum alat muzik ini merupakan satu perkara yang menjadi khilaf (perselisihan pendapat) di kalangan ulamak. Mereka tidak sepakat mengenainya. Ini bermakna ia tidak termasuk dalam perkara ijmak para ulamak. Inilah yang ditegaskan oleh as-Syeikh Ja-du al-Haq dalam kitab Fatawa beliau. Dalam fatwanya itu beliau telah menolak dakwaan sesetengah golongan yang mendakwa bahawa persoalan muzik dan mendengarnya adalah termasuk dalam perkara ijmak para ulamak. Penolakan beliau itu berdasarkan kepada apa yang dihuraikan oleh al-Imam as-Syaukani dalam risalahnya yang bertajuk Ibtol Da’wa al-Ijma’ ‘ala Tahrim Mutlak as-Sima’ – iaitu Membatalkan Dakwaan Ijma’ Para Ulamak Ke Atas Hukum Haram Mendengar Muzik Secara Mutlak. Dengan ini, maka sewajarnyalah kita saling meraikan dan menghormati pendapat atau pendirian golongan yang mungkin berbeza dengan pendapat atau pendirian kita. Kita tidak boleh menghukum secara muktamad umpamanya mengatakan bahawa dia adalah haram sama sekali dan sesiapa yang menggunakannya, maka dia berdosa, menjadi fasik dan ditolak kesaksiannya. Kita seharusnya berhati-hati apabila mengeluarkan hukum khususnya yang melibatkan halal dan haram. Imam Malik pernah berkata: Tidak pernah menjadi sikap golongan yang telah mendahului kita yang telah menjadi ikutan mengatakan: “ Ini halal, itu haram. Sebaliknya mereka berkata: Saya tidak suka ini, saya berpendapat begini”. Dalam menentukan hukum, kita seharusnya juga mengambil kira dari sudut kepentingan dan kemaslahatan dakwah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan masyarakat kita pada hari ini yang kelihatan hampir sudah sebati dengan bentuk hiburan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Janganlah kerana sesuatu keputusan hukum yang diambil itu boleh menyempitkan ruang dan peluang menyelamatkan masyarakat daripada keadaan tersebut. Di samping itu kita tidak lupa bahawa apa yang dikatakan keseronokan, hiburan dan seumpamanya merupakan satu sifat kehendak naluri manusia semulajadi yang tidak boleh kita hapuskan. Persoalannya bagaimana kita hendak ketengahkan bentuk hiburan yang diizinkan syarak atau alternatif kepada hiburan yang ada pada hari ini tanpa kita menafikan kehendak naluri manusia itu.

iii)   Melihat kepada senario industri muzik pada hari ini, melalui konsert-konsert yang dianjurkan khususnya yang melibatkan artis-artis wanita tanah air atau yang diimport dari negara-negara luar, maka kita tidak meragui lagi bahawa hukumnya adalah haram. Ini kerana jelas kepada kita keadaan mereka yang mendedahkan aurat secara terbuka, mengenakan solekan yang agak keterlaluan dan menari berlenggang lenggok di atas pentas dengan pakaian menjolok mata. Golongan ini diberi amaran keras oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dengan azab api neraka sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud: Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama: Golongan penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua: Golongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Berlenggang lengguk waktu berjalan dan menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya. (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a.). Di samping pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, lirik lagu yang memuja cinta dan manusia dengan suara yang lunak dan memukau para penonton, melalai dan mengkhayalkan anak-anak muda sehingga kadang-kadang sampai kelarut malam sepertimana persembahan yang pernah berlaku di Dataran Merdeka atau Bukit Jalil yang kelihatan penuh dengan sampah-sampah terdiri daripada kondom, botol-botol arak dan…..dan…dan seumpamanya, begitulah seterusnya. Inilah perancangan musuh khususnya Yahudi Laknatullahi ‘Alaihim dan sekutunya-sekutunya termasuk golongan yang bertopengkan Islam bagi tujuan menjauhkan anak-anak muda daripada Islam. Pendek kata, keadaan dan bentuk hiburan di tanah air kita pada hari ini telah jauh menyimpang daripada batas-batas syariat. Bukan kerana alat-alat muzik yang dimainkan kerana ia masih terdapat kekhilafan di kalangan ulamak tetapi bentuk perlaksanaan dan persembahan itu yang sememangnya disepakati atau ijmak para ulamak akan pengharamannya apabila berlaku keadaan yang disebutkan di atas. Bagi golongan ulamak yang mengharuskan alat-alat muzik, bermain dan menggunakan alat muzik dalam majlis yang haram atau untuk perkara-perkara yang haram atau yang boleh membawa kepada kemungkaran maka hukum bermain dan menggunakannya juga adalah haram. Jika tidak, maka hukumnya adalah harus.

iv)   Perselisihan pendapat di kalangan ulamak mengenai hukum mendengar atau menggunakan alat-alat muzik ini khususnya apabila terdapat pendapat yang mengharuskannya dengan syarat-syarat tertentu, tidak seharusnya diambil kesempatan untuk mengambil sikap bermudah-mudah dengannya atau memandang ringan terhadap penggunaan alat-alat muzik tersebut. Pandangan atau kenyataan yang sering mengaitkan alat-alat muzik dengan kelalaian, kefoya-foyaan, budaya lepak, membuang masa dan kekhayalan yang ke semua itu akhirnya mungkin menjebakkan seseorang ke lembah maksiat, tidak boleh dipandang ringan atau dinafikan begitu sahaja. Barangkali pandangan atau kenyataan tersebut ada kebenarannya, terutamanya apabila melihatkan keadaan masyarakat yang terlalu lemah iman khususnya generasi muda yang mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat dan hanyut dengan keseronokan dunia pada hari ini. Oleh itu penulis berpendapat bahawa walaupun mungkin kita bersetuju dengan pendapat golongan ulamak yang kedua ini, ia tidaklah bermakna kita boleh mendengar atau menggunakannya semahu-mahunya. Kalau boleh dielakkan daripadanya maka itulah sebaik-baiknya, kerana mengambil jalan ihtiyathi – إحتياطي- iaitu mengambil sikap berwaspada dan berhati-hati agar lebih selamat – itu adalah sangat digalakkan dalam Islam. Sekiranya hendak menggunakannya juga maka biarlah dengan sebab yang kukuh dan munasabah serta wujud keperluannya. Sekali sekala mendengar atau menggunakannya untuk mengetuk pintu kesunyian maka itu barangkali tidaklah menjadi halangan. Asalkan ia tidak menjadi kelaziman dan kebiasaan kerana kita bimbang ia mungkin boleh melalaikan hati yang menyebabkan lemahnya iman kita yang sememangnya sudah sedia lemah ini. Pendek kata, walaupun ia harus pada setengah pandangan ulamak tetapi kita juga di waktu yang sama hendaklah berhati-hati dengannya.

والله أعلم بالصواب وهو حسبنا ونعم الوكيل وإليه المآب

SAMAN: KAUNTER SAMPAI 12 TGH MLM NI


Kaunter pembayaran saman akan terus dibuka sehingga jam 12 tgh malam ni.. mereka yang belum bayar sama,,,, jom pi balai bayaq....

sumber: fb PDRM


Ahad, 27 Februari 2011

Jawatan Kosong di Maybank

Maybank, a true Malaysian icon, has been leading the nation’s banking industry for the past 50 years. Never one to rest on our laurels, we’ve now set our sights on becoming the undisputed No. 1 Retail Financial Services provider in Malaysia, the leading ASEAN wholesale bank, as well as the region’s largest Islamic bank by 2015, among others. In line with these aspirations, we’ve realigned our organisational structure into the new House of Maybank and implemented strategic transformation programmes towards their attainment.

YOU could play a key role in defining the future of financial services in ASEAN by helping to build the region’s leading banking platform! If you are passionate about creating solutions that delight others, and are as ambitious as we are, join the revolution in the areas below and you’ll be well rewarded.

Project Management
Business Process Re-engineering (BPR)
Enterprise Architecture
Information Technology Design
Change Management
Information Technology Development
Procurement and Asset Management
Information Technology Testing

Think you can cut it?
Write in and tell us about yourself. We are looking for individuals who are energetic. pro-active, highly-motivated and with the passion to succeed. Join our innovative and progressive team by forwarding your application to:

ITTP_Talent@maybank.com.my
Please state your area of interest in the subject line. Only shortlisted candidates will be notified.

Maybank
Humanising financial services across Asia
1,750 offices. 14 countries. 18 million customers. 40.000 Maybankers. Investing in the human spirit.

sumber: http://portal-kerja.blogspot.com/2011/02/jawatan-kosong-maybank.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JawatanKosong%2FKerjaKosong+%28Jawatan+Kosong+%2F+Kerja+Kosong%29

Pokok petai menangis??

PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.
PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.
KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.
Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.

Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.

Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.

“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.

“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.

“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.

“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Cikgu Raba Buah Dada pelajar



BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.
BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.
 
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.
Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.

“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.

Kalimah Allah pada kulit bayi

http://kechiksempoi.blogspot.com/2011/02/ayat-quran-pada-kulit-bayi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+SempoiItu+(SEMPOI+ITU)


MOSCOW – Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
“Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,” kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


Photobucket
Photobucket
Photobucket

Jumaat, 25 Februari 2011

Semua naik....

Insurans kenderaan naik 2012

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Insurans kenderaan bermotor akan meningkat secara berperingkat, bermula tahun hadapan hingga 2015 dalam usaha mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, walaupun terdapat peningkatan selama lima tahun berturut-turut namun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kenaikannya adalah kecil.
"Penstrukturan ini juga akan melibatkan motosikal, kereta, bas dan teksi dan setiap kenaikan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan kenderaan terbabit melalui kriteria rekod kemalangan serta keadaan kenderaan semasa tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kata Abu Hassan Alshari, anggaran awal kenaikan bagi insurans pihak ketiga motosikal 100cc ke bawah adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun manakala insurans pihak pertama antara RM1 hingga RM2 setahun.
"Bagi kereta persendirian 1,400cc ke bawah, insurans pihak ketiga hanya meningkat antara RM6 hingga RM34 manakala insurans pihak pertama antara RM7 hingga RM19.
"Pemandu yang kurang risiko kemalangan atau tidak pernah merekodkan kemalangan akan dikenakan kenaikan kadar insurans yang lebih rendah berbanding yang kerap mengalami kemalangan," jelasnya.
Tambah beliau, kajian dibuat keatas kedua-dua jenis kenderaan berkenaan terlebih dahulu kerana 70 hingga 80 peratus kenderaan di Malaysia berada dalam kelas berkenaan.
Selain itu, Abu Hassan Alshari berkata, penstrukturan itu juga akan mengurangkan tempoh pembayaran pampasan daripada tiga hingga lima tahun kepada 18 bulan sahaja berikutan penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC).
Katanya, jawatankuasa tersebut akan membincangkan isu berbangkit dan membentuk rangka kerja yang komprehensif untuk kebaikan bersama.
Mengulas lanjut, Abu Hassan Alshari berkata, penstrukturan tersebut terpaksa dibuat kerana syarikat insurans mencatat kerugian yang besar dalam bahagian motor dan jika tidak dikawal ini akan menyebabkan industri berkenaan merudum dan akhirnya memberi impak kepada pengguna.
"Perangkaan 2009/2010 menunjukkan perniagaan insurans motor mencatat kerugian RM650 juta disebabkan tuntutan pampasan kecederaan kemalangan yang sangat tinggi,'' jelasnya.
"Bagaimanapun penstrukturan semula ini masih di peringkat perbincangan dengan pihak yang terlibat. BNM akan mengumumkan skim insurans terbaharu tersebut selepas kajian lengkap dibuat," katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, JWC akan dianggotai oleh pihak yang terlibat dalam proses pembayaran insurans iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Majlis Peguam, Badan Kehakiman, industri insurans dan takaful serta persatuan penguna dan pengangkutan.
Abu Hassan Alshari berkata, setiap anggota JWC akan menghantar rekod kerja kepada Majlis Ekonomi dan jika ada sebarang kelewatan atau masalah laporan ia perlu dinyatakan.
"Langkah ini akan meningkatkan keupayaan dan kepantasan proses tuntutan insurans negara dan mengurangkan kerenah birokrasi yang banyak membebankan rakyat,'' ujarnya.

Rabu, 23 Februari 2011

Wajib Tonton: Ahmad Dhani dan simbol2 rahsianya

daripada blog cacamerba:


Sebelum ini ada juga blog di negara ini menyiarkan hal ini. Namun, mungkin tidak sedetail "dokumentari" di bawah ini. 

Saya jumpa dokumentari yang dibikin oleh Karkoons Films ini di sebuah laman forum Indonesia. Menarik kandungannya. Dikupas dengan baik untuk mengaitkan peneraju kumpulan Dewa itu dengan simbol-simbol yang dikaitkan dengan Freemason, Dajjal, Satanisme, dan Yahudi.

Anda tonton, anda nilaikan sendiri.

Ketam Nipah Goreng Kari





PENGGEMAR ketam tentunya teruja menikmati ketam nipah goreng kari kerana masakan seumpama itu jarang didapati di mana-mana restoran.
Namun bagi mereka yang pernah berkunjung ke restoran Tanjung Seafood BBQ Ampang Waterfront di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, menghala ke Bukit Belachan, pasti tidak akan terlepas peluang merasai masakan itu. 
Resipi ketam diolah bersama kari memang enak manakala Chef Ibrahim Abdullah berkata, ketam terbaik untuk masakan itu adalah memilih ketam yang hidup.

Sifatnya yang aktif dengan warna kulit hitam kehijauan atau sedikit perang kecoklatan antara ciri yang diperlukan ketika memilih ketam.

"Elak memilih ketam yang sudah mati dan kemungkinan sudah berbau serta tidak enak untuk dimakan.

"Selalunya, saiz ketam yang besar turut mempengaruhi isi kandungan atau beratnya. Seelok-eloknya isi ketam yang paling baik adalah antara 300 hingga 400 gram.

"Jangan sesekali memilih ketam yang mungkin pada zahirnya nampak besar tetapi isinya sekitar 200 gram atau mungkin kurang.

"Tidak dinafikan ramai yang pandai memasak kari tetapi untuk memastikannya sedap, ia bergantung kepada kreativiti seseorang chef itu.

"Masakan ketam nipah bersama kari ini pula perlu dimasak dalam api sederhana dan terkawal," katanya.

Bagi memastikan masakan kari itu sedap, apa yang terpenting adalah penyediaan bahannya seperti ketam segar, daun kari serta campuran cili dan rempah.

Bahan:
500 gram ketam (untuk hidangan dua orang)
100 gram bawang putih
100 gram cili besar
200 gram cili padi merah
1 sudu besar serbuk kari
Daun kari
Garam dan gula - secukup rasa
Kicap pekat

Cara penyediaan:
- Ketam digoreng terlebih dulu.
- Kisar bawang putih, cili besar dan cili padi kemudian tumis.
- Masukkan air, serbuk kari, daun kari, hirisan bawang besar dan kicap pekat mengikut selera.
- Kemudian masukkan ketam, garam dan gula (secukup rasa).

Ahad, 20 Februari 2011

Artis janda "main" dalam kereta

MACAM dah tak ada tempat lain nak 'main', sampaikan dalam kereta pun jadi.
Maklumlah, mereka bukan hendak main baling tin, badminton, tenis atau bola sepak, jadi tak perlulah tempat besar dan lapang kerana mereka cuma hendak main tarik-tarik kain.
Ha, panas. Di luar cuaca panas dalam kereta pun panas walaupun penghawa dingin dah dipulas sampai tahap maksimum. Artis janda ini memang sangat terkenal dengan cerita panas membakar. Kalau dalam masa setahun, tak ada cerita kontroversi pasal dia, agaknya tak sempurna perjalanan hidupnya.

Menurut si tukang cerita, artis ini dan buah hati pengarang jantungnya bersama-sama menjalani penggambaran drama. Agaknya babak yang disediakan pengarah drama itu untuk mereka, tak cukup agaknya. Jadi mereka pun buat aksi sendiri. Tetapi drama ini tak perlu ada pengarah, penolong pengarah, jurukamera ataupun jurusolek.

Mulanya pegang-pegang lepas itu sendiri boleh agaklah. Tak perlulah SS bercerita panjang lebar. Orang sekeliling tengok kereta dah bergoyang, hendak kata waktu itu ada puting beliung atau tsunami melanda tak juga. Cuaca ketika itu sangat tenang dan aman sehingga daun kelapa pun tak bergerak. Rupanya goyangan itu berpunca dari dalam.

Dasar kulit muka tebal 14 inci, masing-masing keluar kereta macam orang tak berdosa. Orang sekeliling pun dah tak boleh hendak kata apa. Hari itu kata dah beriya-iya hendak kahwin, tetapi kalau dah setiap hari dapat 'merasa', apa cerita.

Barulah SS faham kenapa si lelaki itu sanggup meninggalkan isterinya kerana yang menanti di luar lebih panas, pedas dan boleh dinikmati pada bila-bila masa. Hmmm...dah macam restoran drive through yang dibuka 24 sehari dan boleh dimakan di mana saja.

http://www.hmetro.com.my/articles/SOSEHSOSEH_Taksenonohdalamkereta/Article

Kekosongan Jawatan di SIRIM

SIRIM Berhad is a well-established corporate entity responsible to lead and enhance technology and quality in Malaysia. We urgently seek qualified and dynamic professionals who are ready for a challenging career to join us as:

1. CERTIFICATION SPECIALIST (1 vacancy)
2. CERTIFICATION EXECUTIVE (1 Vacancy)
3. EXECUTIVE (1 vacancy)
4. SENIOR EXECUTIVE (4 vacancies)
5. SENIOR EXECUTIVE (2 vacancies)
6. SENIOR AUDITOR (1 vacancy)
7. AUDITOR (1 vacancy)
8. AUDITOR (2 vacancies)
9. TECHNICIAN (9 vacancies)
10. ADMINISTRATIVE ASSISTANT (5 vacancies) 


CLICK HERE FOR DETAILS

How to Apply:
Interested candidates are invited to submit a comprehensive resume, certified copies of relevant certificates complete with telephone number, expected salary and passport sized photograph (n.r.) to the address below not later than 28 February 2011. Please indicate the position applied for and its code in the resume and on the top left-hand corner of the envelope.

Head
Human Resource and Administration Section
SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Block 8, No 1, Persiaran Dato' Menteri
40911 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan

Only shortlisted candidates will be notified.

Closing Date : 28 February 2011

Sabtu, 19 Februari 2011

Kantoi dengan Suami tengah berzina dengan suami orang


Wanita anak 5 kantoi dengan lelaki anak 2....

Wanita ini kantoi apabila suami dan anak gadis berusia 18 tahun menyertai sendiri serbuan..... sambil dia dengan pasangannya tgh syok melayan D**** Style.....

boleh baca disini
http://rubbertapperz.blogspot.com/2011/02/gambar-tanpa-seurat-benang-ketika.html

di sini:
http://rubbertapperz.blogspot.com/2011/02/tangkap-isteri-sedang-doggy-dengan.html

dan

http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/02/cerita-hangat-di-balik-kes-khalwat.html

myMetroPunca sakit belakang

myMetroPunca sakit belakang

Punca sakit belakang

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
AKTIF...berenang antara aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan.
AKTIF...berenang antara aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan.
pix_topright
BANYAKKAN berehat, supaya sakit pinggang segera berkurangan. Ini antara cara yang dinasihatkan doktor untuk mengatasi masalah sakit pinggang tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya. Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan tetapi kembali mengejut apabila cuba bangun atau menggerakkan badan.
Benarkah berehat dengan berbaring cara terbaik untuk menghilangkan kesakitan pinggang? Rupa-rupanya kaedah ini disarankan untuk satu atau dua hari saja kerana berbaring terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah teruk.
Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain atau lebih baik berjumpa doktor supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan.

Boleh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.


Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa.

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum.

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

Sakit belakang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit yang akut (selama beberapa hari hingga minggu) dan kronik jika kesakitan berlarutan melebihi tiga bulan. Kebanyakan sakit pinggang akut disebabkan masalah mekanikal semula jadi - terjadi akibat trauma pada bahagian pinggang atau penyakit seperti artritis.

Trauma ini pula katanya, boleh disebabkan kecederaan sukan, bekerja dalam rumah, berkebun atau sentakan mengejut seperti kemalangan.

Gejala dialami setiap pesakit berbeza; ada yang sekadar sakit otot atau sakit seperti ditikam yang menjalar dari satu bahagian ke bahagian lain; menyebabkan pergerakan terhad atau tidak boleh berdiri tegak.

Bagaimana sakit belakang terutama di bahagian pinggang boleh terjadi? Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.

“Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang.

“Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang.

“Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang.

Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang,” katanya.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:
  • Obesiti

  • Merokok

  • Tekanan

  • Keadaan fizikal tidak elok

  • Postur badan yang salah

  • Posisi tidur tidak elok

  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur

    Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.

    Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang? Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur.

    Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.

    Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit pinggang ialah kerosakan cakera, degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera).

    Diagnosis dan rawatan
    Masalah sakit belakang boleh dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar-X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) adalah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang.

    Manakala ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang.

    “Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang.

    “Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan; membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari.

    “Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah.

    Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot.

    “Selain itu anda juga boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakit seharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin,” katanya.

    Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

    Doktor juga akan memberikan ubat untuk merawat sakit belakang akut dan kronik. Selain itu terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural.

    Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan.

    Pencegahan
    Bolehkah sakit belakang dielakkan? Ya. Sakit belakang yang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah di bawah:

  • Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

    Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.

    Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan.

  • Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.

    Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan.

  • Amalkan prinsip ergonomik - sama ada di rumah atau tempat kerja boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang.

    “Tulang belakang kita mempunyai lengkuk seperti bentuk S terbalik dan sebarang aktiviti yang mengubah lengkuk semula jadi ini, jika dilakukan untuk jangka masa lama, boleh menyebabkan ketidakselesaan. Sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan sakit belakang,” kata Dr Siow.

  • Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.

  • Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.

  • Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal.

    Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong kita untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang - semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang.

    “Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkuk semula jadi tulang belakang. Kajian menunjukkan tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang. Jika tilam terlalu keras akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan keadaan,” katanya.

  • Reaksi Artis Melayu Seksi Tentang Aurat


    ?????????????????????????????????????????????
    ????????????????????????????????????????????
    Lu pikirlah sendiri..............................

    Syabas PM... mari bersama banteras pluralisme

    Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri




    KUALA LUMPUR 18 Feb. - Fahaman pluralisme kini muncul sebagai ancaman terbaru di kalangan umat Islam di negara ini dan justeru mereka wajib menghindarkannya kerana ia jelas bertentangan dengan akidah serta syariat Islam.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi mengekang pengaruhnya beliau mahu para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama bertanggungjawab menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.

    Beliau berkata, hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanya Islam sahaja.

    ''Apatah lagi sekiranya ada umat Islam yang membawa fahaman pluralisme. Perkara-perkara seperti ini mesti kita betulkan. Kita boleh hormat agama lain kita jangan hina agama lain.

    ''Namun dari segi akidahnya dan dari segi kebenarannya di sisi Allah tidak boleh disamakan dengan agama Islam,'' katanya ketika berucap pada merasmikan Multaqa Guru Takmir seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    Najib berkata, selain fahaman pluralisme umat Islam turut terdedah dengan pengaruh liberalisme serta hindonisme yang jika dibiarkan boleh menyebabkan mereka terpesong daripada syariat serta akidah Islam.

    ''Mahu tidak semua pihak termasuk ulama, guru-guru agama serta guru-guru takmir menegakkan kebenaran agama dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah,'' katanya.

    Dalam sidang akhbarnya selepas itu Najib sekali lagi menegaskan, semua pihak perlu menghormati agama-agama lain sama ada dari segi haknya atau dari segi undang-undang menurut Perlembagaan Persekutuan.

    ''Namun begitu ia tidak boleh sama dari segi akidah. Jangan ada salah faham. Nanti ada orang akan salah faham bahawa saya merendahkan kedudukan agama lain, tidak.

    ''Saya cuma mahu bezakan dari segi akidah kerana fahaman pluralisme ini adalah salah dari segi agama Islam dan itu fakta yang saya hendak jelaskan,'' katanya.

    Ketika ditanya sejauh mana seriusnya pengaruh fahaman itu di Malaysia, beliau berkata, fahaman itu perlu segera dibendung.

    ''Jika kita tidak berbuat sesuatu ia boleh merebak. Pada peringkat sekarang ia masih terbatas cuma di kalangan pihak tertentu sahaja. Sesuatu (tindakan) perlu dilakukan kerana fahaman ini boleh mengeliru dan menyesatkan umat Islam,'' katanya.


    Dr Asri: Wajib pertahan PM tentang pluralisme

    Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam wakil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung larangan menyamakan Islam dengan agama lain.

    Dr Mohd Asri ini, semua pihak tidak kira fahaman politik harus mengambil tindakan itu kerana "soal persamaan nilai adalah soal akidah".

    "Kenyataan PM bahawa umat Islam tidak boleh menyamakan antara Islam dengan agama lain di sudut akidahnya adalah sesuatu yg benar. Sesiapa yang menyanggahi kenyataan itu merosakkan imannya," kata Dr Asri.

    Dalam kenyataannya semalam, Dr Asri berkata, memang benar Islam menghormati agama lain, tetapi tidak mengiktiraf persamaan dengannya di sudut kewahyuan dan kedudukannya di sisi Allah.

    Najib semalam dilaporkan berkata beliau menghormati agama lain yang diamalkan di negara kerana ia mempunyai hak di segi undang-undang dan Perlembagaan Negara tetapi tidak boleh disamakan dari segi akidahnya.

    Meminta supaya tiada salah faham, Najib berkata beliau tidak bermaksud menidakkan atau merendahkan agama lain, cuma membezakannya daripada segi akidah bahawa "kefahaman mengenai pluralisme ini salah dari segi agama Islam".
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...